Persepsi yang pernah dibina seteru politik ialah Najib telah menjahanamkan Tabung pencen penjawat awam, KWAP.
Namun realiti ialah ia sebaliknya.
Nilai aset KWAP telah naik RM90.4 bilion atau 173.6% dari RM52.04 bilion (2008) ke RM142.4 bilion (2017) dalam tempoh 9 tahun Najib jadi PM.
Tetapi nilai aset KWAP cuma naik RM42.1 bilion atau 29.6% sahaja dari RM142.4 bilion (2017) ke RM184.5 bilion (Ogos 2023) dalam tempoh 5 1/2 tahun selepas Najib tidak jadi PM.
Nilai aset KWAP naik pada kadar jauh lebih tinggi dan laju ketika Najib jadi PM sebab kerajaan masa itu tidak pernah membuat sebarang pengeluaran dari KWAP.
Selepas PRU14 pula, kerajaan telah mula membuat pengeluaran sekitar RM10 bilion setiap tahun dari KWAP bagi menanggung bajet kerajaan.
Di dalam kes SRC RM42 juta, Najib dihukum telah salah guna kuasa sebab dia cuma hadir (bukan dia usulkan) dalam mesyuarat kabinet pada tahun 2011 yang memutuskan satu cadangan untuk memberi jaminan kerajaan kepada syarikat SRC milik kerajaan supaya syarikat itu boleh meminjam RM4 bilion dari KWAP.
Seterusnya, Najib dituduh melakukan AMLA sebab dana RM42 juta (yang pada mulanya dikatakan berasal dari KWAP) dari SRC telah dimasukkan ke dalam akaun atas namanya secara beransur dari lewat tahun 2014 hingga awal tahun 2015 - iaitu 4 1/2 tahun selepas jaminan kerajaan diluluskan pada tahun 2011 - yang kemudiannya digunakan Najib untuk sedekah dan kerja CSR.
(Tidak dinyatakan pula kenapa seorang "pencuri" sanggup tunggu 4 1/2 tahun untuk "mencuri" selepas "salahgunakan" kuasa)
Bagaimanapun selepas Najib dipenjarakan, satu surat SPRM kepada Ketua Hakim Negara telah terbocor beberapa bulan dahulu.
Surat tersebut syorkan Ketua Hakim Negara untuk mengambil tindakan terhadap Hakim Nazlan kerana telah langgar Kod Etika Hakim sebab sumber dana RM42 juta itu tidak berasal dari KWAP seperti yang dituduh dan dibicarakan tetapi sebenarnya berasal dari pinjaman dari Maybank ketika Hakim tersebut menjawat sebagai Setiausaha Syarikat serta General Counsel Maybank dan disyaki mungkin terlibat dalam proses pemberian pinjaman tersebut.
Namun tindakan tidak diambil ke atas Hakim sebab Mahkamah Persekutuan telah membuat satu keputusan yang mengejutkan bahawa sumber dana adalah tidak relevan dalam kes jenayah seperti diulang dalam jawapan Perdana Menteri Anwar kepada satu soalan dalam Dewan Negara pada 19 Jun 2023.
"Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan ialah sumber wang yang diselewengkan dari SRC International adalah tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah, pecah amanah."
"Jika sumber yang diselewengkan itu tidak relevan maka peranan Hakim Mohd Nazlan juga tidak relevan."
Sejak itu, ramai masih tertanya-tanya bagaimana pula sumber dana boleh dikatakan tidak relevan dalam kes yang melibatkan pecah amanah dan AMLA.
---
KWAP total assets:
2008: RM52.04b
https://www.kwap.gov.my/.../KWAP_Laporan_Tahunan_2008.pdf (page 65)
2017: RM142.4b
https://www.kwap.gov.my/.../KWAP_Laporan_Tahunan_2017.pdf (page 200)
Ogos 2023: RM184.5b
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/09/1148906/saiz-dana-kwap-cecah-rm1845-bilion
No comments:
Post a Comment