No!
Sebab apa mahu sokong UMNO dan kerajaan perpaduan hari ini jika mereka teruskan kezaliman dan ketidakadilan pada Najib?
Ini dah sebulan sejak PAU. Apa yang kami boleh nampak sejak itu?
Sekiranya tidak sempat bebaskan Najib sebelum PRN, sekurang-kurangnya gugurkan beberapa kes mengarut Najib yang zalim dan langsung tidak masuk akal.
Masih ada masa sebab jika pendakwaan nak gugurkan, ianya boleh dibuat dalam masa sehari sahaja.
Baru lah kami boleh nampak sedikit hasil nyata dan kelegaan bagi DSN.
Ingat bahawa selain kes SRC RM42 juta, Najib masih ada 8 kes mengarut yang dimulakan kerajaan Mahathir/Muhyiddin terhadapnya. Satu pun tak pernah digugurkan sehingga kini.
Dia sudah ada di dalam tanpa sebarang pendapatan. Kenapa perlu seksa dia berterusan dan paksa dia tangguh kos-kos guaman yang tinggi setiap bulan?
Lim Sian See
6/7/2023
-- Sent from Gmail Mobile
No comments:
Post a Comment