AdSense

Wednesday, July 5, 2023

KJ jadi DJ, eh dia pun nak. Rafizi jadi juri



Jadi juri program realiti TV pula : Rafizi mahu lepaskan title Raja Formula?


Memetik laporan media, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Astro mengetengahkan program realiti buat julung kali yang akan memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu berteraskan sosiekonomi.

https://www.malaysiakini.com/hiburan/670867




Inilah imej baharu pemimpin Pakatan Harapan 2.0 (PH2.0) yang dilihat kemaruk publisiti. 


Dulu mereka suka label pengamal media sebagai pencacai UMNO-BN. Asal tanya soalan panas yang mereka tak boleh jawab, terus dihina dan diherdik wartawan di khalayak ramai.


Sekarang, sudah jadi kerajaan, mereka gunakan media secukup-cukupnya. 


Bak kata bekas Speaker Dewan Rakya, Pandikar Amin Mulia, “If you have power, you are powerful; if you don't use your power, you are bloody fool."


Senangnya kerja menteri, jadi juri. Sedangkan menteri sepatutnya memikirkan dasar-dasar dan polisi yang memberi manfaat kepada rakyat serta negara. Ini, rakyat pula yang kena beri idea dan selesaikan isu?


Ke mana hilangnya Rafizi yang gah dengan gelaran Raja Formula?


Biarlah orang lain yang lebih layak untuk jadi juri. Tugas menteri, laksanakan perkara yang lebih besar, lebih serius.


Ingatlah, tak guna pemimpin PH2.0 gunakan media mainstream untuk raih publisiti murahan, kerana ia membuatkan rakyat bertambah muak dan rasa nak muntah. Tak kesian ke tengok rakyat muntah setiap hari?


No comments:

Post a Comment