Monday, July 17, 2023

Hayati Sedih Hati cetusan Malique


Baru-baru ini ramai yang membincangkan tentang lagu berjudul Sedih Hati nyanyian Malique Ibrahim ft Mona Fandey. Suara Lensa (SL) juga tertarik dengan penceritaan dalam lagu ini mengikut konteks politik yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. 


Ketepikan tentang sejarah berkaitan Mona yang pernah menggemparkan negara suatu masa dulu. Beliau sudahpun dihukum dan tiada lagi di dunia ini. Tulisan ini bukan hendak menyatakan siapa salah siapa benar. Tetapi sekadar menyelami mesej dalam sebuah lagu.


"Apa rasanya gah di rumah agam. Apa rasanya lena tidur malam. Apa rasanya hidup diampu khadam. Apa rasa jamu darah daging resepi haram. Apa rasa fantasi jadi dewa. Annunaki kebal istimewa. Kakistokrasi, duta neraka. Baka derhaka, punca malapetaka."


Demikian antara lirik lagu Sedih Hati yang juga mengenakan suntikan baharu terhadap lagu Ratapan Anak nyanyian Mona sekitar tahun 1987. Memang layak lagu ini dipuji. Bagi SL, lagu ini menggambarkan betapa sedihnya insan bergelar rakyat yang sedang meratapi kesengsaraan hidup.


Realiti hari ini rakyat rasa tertekan dengan kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kelembapan ekonomi, masalah sosial dan lebih membimbangkan, isu-isu perkauman semakin kerap dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam (6) negeri.


Rakyat tertanya-tanya, apa sudah jadi? Di mana janji untuk membantu rakyat? Rakyat menuntut pembelaan, sampai bila hendak menyorok? Sampai bila hendak menyalahkan orang terdahulu? Malah, perkongsian oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri turut tidak faham dengan makna sebenar sara hidup apabila menyiarkan infografik yang tidak tepat mengenai harga barangan keperluan asas (belanja dapur) rakyat. Apakah orang bujang memasak di rumah dengan menghabiskan satu tong gas dalam masa sebulan? RM19 bagi satu tong gas dengan berat 10kg?


Formula Hapuskan Toll Tony Pua

https://m.facebook.com/najibrazak/videos/formula-hapuskan-toll-tony-pua/498039161094247/


Najib Turun, Ringgit Naik - Tun M

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/10/03/najib-turun-ringgit-naik-tun-m


14042012 DEMONSTRASI MANSUHKAN PTPTN Bersama ADAM ADLI

(Minit 4:33 "upacara meletakkan kalungan bunga kepada mendiang Najib Abdul Razak Altantuya")

https://www.youtube.com/watch?v=g6zmKuHRQyo


Ketua Pengarah JKOM padam infografik salah

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=211580328527258&id=100090258762986t


Benar, bukan Malaysia sahaja, tetapi seluruh dunia terkesan dengan COVID-19, perang Russia-Ukraine, perang dagang kuasa besar Amerika Syarikat-China, inflasi dan kemerosotan ekonomi global. Tetapi adakah kerana dunia bermasalah, maka kita sekadar berpeluk tubuh? Biarkan pemimpin dunia selesaikan masalah? Tidak memikirkan bagaimana mahu mengembangkan ekonomi domestik? Tiada cara terbaik mahu meningkatkan nilai Ringgit? Tidak pandai untuk menambah pendapatan negara melalui sistem percukaian yang telus? Tidak tahu bagaimana hendak membawa masuk pelabur asing melabur di Malaysia?


Mungkin ada yang persoal, lebih 60 tahun BN (baca BN-UMNO tulen, BUKAN pro Zahid) menjadi kerajaan, kenapa sekarang baru hendak 'bising', 'sibuk-sibuk'? 


Kalau hendak bicara soal apa BN buat selama lebih 60 tahun dalam kerajaan, banyak, panjang lebar kalau mahu diperincikan di sini. Bercerita satu hari pun belum tentu habis. Hakikatnya, bersama parti-parti komponen BN telah memainkan peranan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, membawa masuk banyak pelabur melabur di Malaysia dengan nilai pelaburan yang tinggi, membina infrastruktur dan projek-projek mega yang memberi manfaat kepada rakyat serta negara, dan apa yang paling penting, BN bersama gabungan 13 parti politik merangkumi pelbagai agama dan bangsa memainkan peranan memelihara perpaduan, keharmonian masyarakat berbilang kaum serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.


"Rasis, fasis, narsisis fasik. Bergayut di sarkis si spastik fantastik. Kuasa bergayut di tali halimunan. Tunggu sihirnya dicabut. Nantikan haribulan." ungkap Malique dalam Sedih Hati.


Penting juga diingatkan bahawa, parti komponen dalam BN tidak pernah bertindak ekstrem semata-mata mahu meraih undi dan sokongan masyarakat tertentu. Komponen BN tidak pernah memperlekeh tulisan Jawi dengan mengaitkan buku lucah, mempromosi ideologi komunis dalam buku untuk edaran pelajar sekolah, menggunakan ayat "Melayu screw Melayu", perlekeh mana-mana pihak yang tidak boleh berseluar pendek, menggunting rambut di kedai berbeza jantina, malah tidak pernah menyifatkan penyatuan Melayu/Islam sebagai 'perisytiharan perang terhadap bukan Melayu'.


Guna Melayu 'Screw' Melayu Sendiri - Hew Kuan Yau

https://www.youtube.com/watch?v=bhu4OkfS1Wo


Komik kontroversi BRI “Superman Hew” kekal diharamkan

https://www.kosmo.com.my/2021/04/26/komik-kontroversi-bri-superman-hew-kekal-diharamkan/


Lim warns Umno-PAS union will target non-Malays

https://www.malaysiakini.com/news/466850?fbclid=IwAR2JFV6ZB-Cohix6VQXeOkpOpwXGCEh9pIbPbnZHfa8xj7SjvcPdjir776Y


Penyatuan Melayu Bukan ‘Pengisytiharan Perang’ – Mohamad

https://umno-online.my/2019/03/25/penyatuan-melayu-bukan-pengisytiharan-perang-mohamad/


MP DAP mengaku guna slaid tulisan jawi untuk pornografi dan kitab kristian

https://malaysiagazette.com/2019/08/12/mp-dap-mengaku-guna-slaid-tulisan-jawi-untuk-pornografi-dan-kitab-kristian/

VIDEO: https://fb.watch/lLcK0YiviJ/


UCAPAN GUAN ENG BERKENAAN SELUAR PENDEK DAN SALOON RAMBUT


Sekarang, parti komponen BN tiada dalam Kabinet kecuali UMNO pro Zahid. Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim disokong membuktikan komponen BN amat menyanjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara.


Bola di kaki mereka


Sekarang, inilah masanya Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan Malaysia Madani menunjukkan kemahiran, kepakaran dan ilmu tinggi masing-masing kepada rakyat. Buktikan bahawa kata-kata hebat semasa bergelar pembangkang dulu, semasa anda merayu undi dulu, benar-benar boleh dipercayai. SL terfikir sejenak, mungkin inilah sebabnya seorang pengundi di Kampung Sungai Koyan 1, Cameron Highlands, Pahang yang pernah meminta surat peguam daripada calon DAP kerana tidak yakin dan percaya terhadap janji yang ditabur semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada awal Januari 2019 lalu. 


Tidak percaya janji calon, pengundi minta surat peguam

https://www.utusan.com.my/nasional/2019/01/tidak-percaya-janji-calon-pengundi-minta-surat-peguam/

VIDEO : https://fb.watch/lLbr6P7ydM/


"Apa rasa roh tanpa empati. Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi. Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi. Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri.


Ambil darah, ramu racun. Sudah ludahkan jamu diadun. Satu-satunya gugur terkubur. Pupus yang zalim tinggal yang luhur." - Antara bait dalam lagu Sedih Hati.


Jika mengikut konteks politik, ia mengatakan bahawa pemimpin yang gagal tidak akan kekal lama di tampuk kuasa. Siapa yang zalim terhadap rakyat? Siapa yang khianati rakyat? Dulu janji hendak hapus itu ini, tetapi sekarang polisi sama diteruskan. Apa polisi atau dasar baharu? Atau sekadar menunggang polisi sedia ada yang diilhamkan oleh orang terdahulu?


Bola di kaki mereka, merekalah yang akan tentukan gol yang bagaimana hendak dijaringkan, menarik atau tidak, berapa jumlah jaringan? Atau mengkhianati penyokong sendiri dengan menyepak bola ke gawang sendiri, kemudian bersorak bangga?


Syabas dan terima kasih Malique, kerana mengangkat suara rakyat menerusi karya Sedih Hati. 


SEDIH HATI - Malique Ibrahim ft Mona Fandey

https://www.youtube.com/watch?v=t62xZJsogXM






No comments:

Post a Comment