AdSense

Thursday, June 1, 2023

Media Perpaduan (cytro), kenapa Anwar tak post di FB?

 


Berpuluh tahun cytro BN-PH saling menyerang, mengutuk, kritik dan tidak mustahil, saling menfitnah. Gila ke apa nak suruh mereka berkawan? 

Namun inilah realiti hari ini. Suka tak suka, cytro BN-PH mesti kena bergabung untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Tapi bersungguh ke pemimpin BN-PH nak menyatukan cytro ni?


Melihat pada Majlis Pelancaran Media Perpaduan oleh Anwar pada malam Selasa baru-baru ini, kelihatan tak bersungguh.


Timbul persoalan, kenapa Anwar tak post pun gambar perasmian pada hari tersebut? Antara yang post, Zahid Hamidi TPM dan Menteri KKD Fahmi Fadzil.


https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid0iqvF2BiFMFRoeJMhoL81697RQDwZ1CMpWWHWCiDesC5Ng8bh64BzS9xXSbMeHqkNl


https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1/posts/pfbid02pQR2ySYZPmJN4F2EkVBUW6zKUmxvTQNtJo18x55KgKXp4PZEEXKN1FXrmNZ2d6cil


Kenapa tiada laporan media (mainstream) mengenai pelancaran ini?


Apa maksudnya?


Adakah Anwar tidak berpuas hati? 


Mengenali Anwar, apa saja yang dapat memberi publisiti atau mempopularkan dia, pasti akan disambut. Tetapi tidak untuk Perasmian Media Perpaduan. Kenapa?


Malah, tidak ada 'berita wow' yang diucapkan beliau ketika berada di atas pentas, khusus kepada pemain cytro BN-PH.


Atau ada sesuatu sedang dirangka, dirancang dan seterusnya memberi impak yang lebih memberi kesan sedikit masa lagi? Dan mengenali Anwar juga, terdapat banyak elemen wow yang mengejutkan di saat tidak dijangka.


Namun, secara keseluruhannya, pembentukan Media Perpaduan ini sememangnya perlu bagi mana-mana kerajaan termasuklah kerajaan yang ada hari ini. Semasa PAS dan PPBM bergabung dengan PKR dan DAP dulu pun cytro mereka disatukan. Jadi kenapa tidak untuk Kerajaan Perpaduan hari ini?


Cuma sama ada ia berjaya mengubah minda rakyat atau tidak, itu bergantung kepada keberkesanan pengoperasian cytro Media Perpaduan kelak.

No comments:

Post a Comment