Thursday, June 1, 2023

Kalau tak sentuh isu agama dan kaum, matilah PAS



Masa kecik penulis selalu ingat PAS ini macam Jabatan Agama atau Pejabat Mufti.


Rupanya tak, PAS hanyalah sebuah parti politik sama seperti DAP.


Bagusnya PAS ialah apabila berhujah, mereka akan bawakan ayat Quran dan hadis untuk menyokong hujahnya.


Apa yang tak bagusnya, ada yang dibuat diluar konteks, atau tidak menggunakan ayat Quran atau hadis secara menyeluruh.


Misalnya, soal amanah atau tanggungjawab sebagai sang pemerintah. Kenapa PAS yang memerintah Kelantan berpuluh tahun masih gagal memberi air bersih kepada rakyatnya? Tidakkah ia turut menyentuh soal kesihatan dan kebersihan yang amat dituntut oleh Islam?


Tidakkah ia akan memberi imej buruk kepada Islam secara tidak langsung?


Mungkin sudah sampai masa nama PAS ditukar dan mana-mana parti politik tidak boleh guna perkataan agama seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain.


Agama is agama. Politik is politik.


ARTIKEL BERKAITAN

Naratif kaum, agama tak salah selagi tepati Perlembagaan, kata PAS

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/01/naratif-kaum-agama-tak-salah-selagi-tepati-perlembagaan-kata-pas/

No comments:

Post a Comment