AdSense

Wednesday, May 24, 2023

AMARAN!!! buat pemimpin UMNO

 


Straight to the point, pemimpin UMNO jangan jadi bodoh dengan 'melacur diri' untuk menjaga DAP.


Sejak ditubuhkan, UMNO kerja untuk rakyat. Bukannya kerja untuk membersihkan imej DAP yang tercalar teruk sejak sekian lama, lebih-lebih lagi sejak DAP mula menjadi kerajaan pada tahun 2018.

Sudah lupa Himpunan Bantah Icerd?



Di saat pemimpin UMNO menjatuhkan maruah mereka menjadi balaci DAP, pemimpin-pemimpin parti lain sibuk memberi penerangan kepada masyarakat berhubung pentingnya kuasa politik. Tidak mustahil, masyarakat khususnya orang Melayu lebih tertarik dengan penjelasan sebegini demi masa depan anak cucu mereka.


Contoh seperti video ini. Ya, dari segi politiknya, dia secara terang 'menjilat' MB Kedah, dan dia juga tanpa berselindung merupakan Ketua Penerangan Berjasa - parti dibawah naungan PAS dan sudah tentu pro Perikatan Nasional.




Mungkin ada yang menyifatkan video ini sebagai rasis. Tetapi seperti yang pernah disebut Mahathir Mohamad semasa dia dalam UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, "Orang Melayu yang bercakap tentang Melayu dikatakan rasis".


Ya artikel ini sebagai amaran kepada pemimpin UMNO yang sedang dibuai ditampuk kuasa, walhal parti keramat kita ini sudah ditolak rakyat pada PRU15 dengan hanya menang 30 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan. Ya, 30 daripada 222.


Pemimpin UMNO yang telah, sedang dan akan 'menjilat' DAP perlu sedar bahawa parti-parti seperti PAS dan Bersatu juga pernah bersama DAP dan 'menjilat' DAP sehingga kering air liur. Tapi kesudahannya, kerjasama dengan DAP tidak kekal lama. 


Jangan langgar lubang yang sama, jangan dipatuk ular yang sama. Tapi tidak mengapa, kita terpaksa melakukannya demi kestabilan. Itu kita akur. Jika tidak, sampai bila-bila pun Malaysia tidak ada kerajaan pemerintah. Cuma satu saja pesanan buat pemimpin UMNO, berpada-padalah. Buanglah ego, suka mendabik dada dan berlagak 'abang long' lagi. Hentikanlah kerja-kerja 'menjilat' DAP kerana ia membuatkan akar umbi rasa mual.


Pemimpin UMNO mungkin ramai yang suka berkaraoke. Jadi jom kita karaoke lagu ni bersama-sama.

Lagu favourite UMNO


No comments:

Post a Comment