Tuesday, March 7, 2023

Siapa bos syarikat import telur India?



Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam merangkap Presiden MCA bawa telur ayam ke Parlimen. Bukan sebiji, bukan dua biji, tapi 3 biji.


Sehari kemudian, dia terima surat peguam.



Kerana telur, Ka Siong terima surat saman pengimport

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1070385/kerana-telur-ka-siong-terima-surat-saman-pengimport


Wee Ka Siong terima surat saman kedua pengimport telur India

https://www.sinarharian.com.my/article/247778/berita/nasional/wee-ka-siong-terima-surat-saman-kedua-pengimport-telur-india


Kenapa peguam berkenaan beri surat kepada Ka Siong sedangkan Ka Siong tak sebut mana-mana nama syarikat?


Manakala surat peguam tersebut dengan sendirinya mengakui mewakili syarikat J&E, yang dikatakan ada kaitan dengan syarikat mengimport telur dari India untuk di bawa masuk ke Malaysia.


Siapa J&E ini, siapa bosnya, siapa di belakangnya sampai arah peguam hantar surat kepada seorang wakil rakyat yang berucap di Dewan Rakyat?


Siapa makan cili dia rasa pedas


Ada yang kata syarikat ini ada kaitan dengan ##pak? Betul ke? 


Gambar di atas di ambil dari video sini, rak telur kosong!

No comments:

Post a Comment