Friday, March 31, 2023

Ini kata hakim yang berpihak kepada DS Najib Razak


Dahsyat penghakiman YAA Dato Rahman Sebli yang memihak DS Najib. Lebih panjang daripada penghakiman 4 hakim lain. 

Penghakimannya sangat keras dan mengkritik pelbagai aspek dan keputusan hakim sedia ada. Antaranya:



1. Adalah hak peguam DS Najib iaitu Hisyam Teh Poh Teik untuk meminta penangguhan kerana dokumen-dokumen terlibat adalah terlalu banyak (30 ribu helai). 3 minggu untuk membaca, memahami, menilai dan menyediakan hujah berdasarkan 30 ribu helai dokumen ini adalah tempoh yang langsung tidak munasabah.


2. Mahkamah Persekutuan yang diketuai YAA Tg Maimon telah gagal memastikan keadilan kerana secara tidak langsung seolah-olah tidak membenarkan DS Najib membela dirinya


3. Pembelaan DS Najib langsung tidak didengari mahkamah


4. DS Najib dinafikan hak asas untuk mendapatkan perbicaraan yang adil


5. DS Najib sepatutnya dilepas dan dibebaskan segera kerana berlaku pelanggaran keadilan yang serius


Wow. Berani sungguh!


Tulisan Abdul Rahim Hilmi Zakariya


https://www.facebook.com/100001200986490/posts/pfbid02UqgqPg32dPMQaivnCgw8iNZJTvPQZq3gJ5jqFxBWjNV1wTWo7SxT2iA1m8XHTw6Dl/?mibextid=cr9u03



Ini pula kenyataan media peguambela Najib, Tan Sri Shafee Abdullah;


--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment