Wednesday, December 14, 2022

Anthony Loke selesai masalah dalam masa 8 hari? Ini cerita sebenar...


Pentaksub PH dilihat teruja dengan propaganda - 'Menteri DAP selesaikan masalah fasiliti LRT dengan cepat'


Sampaikan seorang lagi Menteri DAP, Nga Kor Ming share gambar dengan watermark Suara Rakyat - FB page propaganda PH.

Tweet Nga Kor Ming

Gambar asal


Posting ni panjang sikit, sebab min tengah free sekarang. Mohon baca sampai habis, anggaran durasi bacaan kurang 10 minit.


Tapi betul ke 8 hari jadi menteri, Loke berjaya selesaikan masalah berkaitan kerosakan fasiliti LRT?


Jawapannya, tak betul. Mengarut! Itu publisiti murahan DAP untuk claim credit atas usaha orang lain.


Ini sebenarnya yang berlaku...


Pada 22 Mei 2022, Menteri Pengangkutan pada ketika itu, DS Wee Ka Siong telah mengadakan lawatan di Stesen LRT Ampang Park bagi melihat kerosakan lif dan eskalator yang berlaku ketika itu.


Dalam sidang medianya, beliau berkata kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kerosakan lif dan eskalator di stesen-stesen pengangkutan awam kendalian Rapid Rail, akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang September ini.


Wee bagaimanapun berkata ia bergantung kepada pembukaan semula kilang OEM yang membekalkan alat ganti dari Shanghai, China, yang ketika ini ditutup sementara kerana perintah berkurung di negara itu.


“Hampir dua bulan Shanghai ‘lockdown’, jadi ada sedikit kesulitan untuk dapatkan alat ganti memandangkan mereka menghentikan operasi, Prasarana juga sedang mencari kaedah lain sama ada terdapat stok alat ganti di tempat lain atau terpaksa tunggu OEM untuk hantar.


“Kita juga memutuskan alat ganti ini tidak akan dihantar melalui kapal (laut) sebaliknya akan menggunakan kargo udara.


“Kita jangka kalau ‘air freight’ gunakan pesawat bawa barangan alat ganti kita akan jimat satu bulan, kalau gunakan kapal perlu ke pelabuhan, datang ke sini dan perlu pelepasan dan sebagainya ini lambat… kita akan percepatkan, kita ada formula tetapi bergantung bila Shanghai dibuka,”


Sumber


Media Astro Awani pula menaikkan tajuk, "97.3 peratus eskalator, 93 peratus lif di stesen LRT berfungsi dengan baik - Wee Ka Siong"


Menurut Wee Ka Siong, 97.3 peratus eskalator dan 93 peratus lif di semua stesen LRT ketika ini masih berfungsi dengan baik.


"Kesulitan dihadapi pihak Prasarana dan Rapid Rail kerana mereka terpaksa bergantung kepada pengilang (jenama) OEM dari Eropah, tetapi kilang untuk produk ini terletak di Shanghai, China.


"Apa yang berlaku hampir dua bulan Shanghai lockdown seperti kita lalui sebelum ini. Jadi ada sedikit kesulitan untuk kita dapatkan alat ganti.


"Jadi Prasarana sedang cari kaedah lain sama ada cari stok di tempat lain ataupun tiada pilihan terpaksa menunggu OEM ataupun pengilang itu untuk hantar (ke Malaysia),"


Sumber


Boleh juga rujuk kenyataan media myRapid di sini


Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian,


Apa yang menariknya mengenai kedua-dua Loke dan Ka Siong ini ialah;


Loke dilihat 'membenci' pasukan penyelenggaraan tempatan bila beliau kata, "Kemudahan kelas pertama tapi sistem penyelenggaraan kelas ketiga"


Kemudian disambut oleh pentaksub PH so called, 'pakar', yang selar syarikat pengangkutan awam.


Mereka hanya selar, kritik dan hina tanpa memberikan kaedah penyelesaian.


Manakala Ka Siong pula dilihat tidak membenci dan tidak sesekali menghina penjawat awam atau pasukan penyelenggaraan, malah amat menghargai sumbangan dan peranan mereka. 


Sebab itu, Ka Siong serius mahu memperhebatkan kemahiran dan melahirkan pakar tempatan menerusi Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) untuk menambah penglibatan syarikat tempatan dalam membina keupayaan negara agar tidak terlalu bergantung kepada negara pengeluar asing.


"Rentetan isu ini, kontrak pembekalan dan penyelenggaraan didominasi oleh syarikat luar negara seperti CRRC (China), Siemens (Jerman), Hitachi (Jepun) dan Bombardier (Kanada).


"Melalui program Program Peningkatan Industri Strategik dan PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE): Program Pembangunan Industri Rel (RIDP), syarikat terpilih akan dibimbing untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran seterusnya meningkatkan peratusan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 45 peratus dalam beberapa komponen yang dikenal pasti menjelang tahun 2030,"


Sumber


Jadi kesimpulannya, sejak Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan sehingga kini, masih tidak ada berita baru atau dasar baru yang dilaksanakan.


Semuanya masih mengenai kejayaan Wee Ka Siong menangani isu-isu berkaitan pengangkutan.


Begitu juga dengan kes lori treler yang berlaku di Perak.


Loke kata APAD akan kenakan tindakan kepada syarikat lori berkenaan.


Sebenarnya, Ka Siong juga banyak kali melakukan perkara sama, sesiapa sahaja pesalah jalan raya akan dikenakan tindakan hukuman.


Lesen Pengendali syarikat lori langgar 5 kereta digantung


Malah, semasa Ka Siong jadi Menteri Pengangkutan, perkara pertama yang dia buat ialah mempercepatkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020). Bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemandu mabuk, dipengaruhi dadah dan pemanduan secara melulu atau merbahaya.


Selingan : Ini peristiwa yang melucukan. Guan Eng persoal Ka Siong kononnya tidak ambil tindakan tegas kepada 'mat rempit'. Katanya mat rempit patut kena tindakan tegas sama macam pemandu mabuk. Guan Eng dilihat cuba menghasut rakyat - pemandu mabuk kena hukuman berat, tetapi tidak kepada mat rempit.


Guan Eng, MoT sudah pinda Akta 333 – Ka Siong


Mengakhiri posting kali ini,


Mungkin ada yang kata, 'ah Loke baru je jadi menteri'.


Hakikatnya, cara kerja Ka Siong dilihat lebih berfokus, lebih realistik dan lebih serius untuk kepentingan orang ramai.


Berbanding Loke. Jangan lupa isu dasar kabotaj. Bagaimana Loke dilihat bersungguh-sungguh membela syarikat perkapalan asing. Mungkin dia akan ubah balik dengan memberikan pengecualian kepada kapal asing. Sekaligus mengubah keputusan Wee Ka Siong sebelum ini iaitu mengutamakan kepentingan perkapalan tempatan dan mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia.


Sama-samalah kita tunggu, apa malapetaka yang menimpa Malaysia selepas ini...


Hah! (muka terkejut Fahmi Fadzil pick up call masa sidang media).


Jangan lupa juga, masa Loke jadi menteri pengangkutan (kali pertama pada tahun 2018), penarafan  Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) Malaysia telah jatuh ke Kategori 2.


Syukur Alhamdulillah, masa Ka Siong jadi Menteri, ianya kembali kepada Kategori 1.


#SuaraOrangRamai

KITA PROFESIONAL, BUKAN EMOSIONAL


Sumber





1 comment:

  1. 24 mati. tanah runtuh.....banjir 4 negeri..bala menimpa..

    ReplyDelete