Friday, March 25, 2022

Benci polis, benci keamanan? Macam mana DAP nak sangkal hujah ni?


Hari ini pasukan polis di seluruh negara meraikan Hari Polis yang ke 215. Lama sungguh ya. Begitulah panjangnya sejarah dan perjalanan pasukan keselamatan kita di negara ini.


Ramai dalam kalangan mereka yang terkorban semata-mata mahu memelihara keselamatan, keamanan dan keharmonian negara. Tanpa mereka, kita pasti tidak dapat menikmati kehidupan sejahtera pada hari ini.


Bercakap pasal keamanan dan polis ni, SL rasa tertarik dengan tulisan Lau Chin Kok ini, seorang Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.


Nak tahu apa dia tulis? Baca ni :

Tolak SOSMA : Adakah DAP bersungguh banteras salah guna kuasa?


Saya mengikuti perkembangan di Dewan Rakyat semalam mengenai Usul Kerajaan untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi mulai 31 Julai 2022. Antara pindaan itu adalah melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari.


Memetik laporan media, seramai 3,717 individu ditahan mengikut SOSMA sejak 2016 sehingga Januari 2022. Seramai 400 daripadanya ditahan kerana terbabit elemen kumpulan pengganas, 321 terbabit aktiviti sindiket penyeludupan manusia, 1,838 kerana kesalahan pemerdagangan manusia dan 1,030 di bawah kesalahan jenayah terancang. SOSMA juga digunakan untuk menghukum pengganas yang menyerang Sabah yang dilancarkan Jamalul Kiram III pada 2013, dengan 551 individu ditahan mengikut SOSMA, 31 individu dituduh dan lapan daripadanya dihukum gantung sampai mati.


Mari kita imbau kembali apa yang berlaku sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH), selain janji palsu, ekonomi jatuh dan kegagalan menguruskan negara dengan baik. Apa yang mereka lakukan adalah memansuhkan tiga (3) Pasukan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc). Mungkin ada yang dapat mengaitkan tindakan PH semasa mereka berkuasa dengan tindakan mereka pada hari ini.


Saya tidak berhasrat untuk memberi komen mengenai kejayaan blok Ahli Parlimen Pembangkang menolak Usul tersebut. Cuma apa yang hendak saya bangkitkan adalah mengenai hujah-hujah Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat semalam. Rata-rata mereka tidak bersetuju Akta SOSMA dilanjutkan adalah kerana dikhuatiri wujudnya penyalahgunaan kuasa. Ahli Parlimen Pembangkang juga banyak kali mengaitkan kes dua orang pemimpin DAP yang dikatakan terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai contoh kezaliman Akta SOSMA dan seolah-olah menunjukkan ia sebagai satu penyalahgunaan kuasa.



Malangnya, ketika kes yang dikatakan rasuah melibatkan bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini menjadi Pengerusi DAP digugurkan hanya beberapa bulan PH mengambil alih Putrajaya, tidak pula timbul 'penyalahgunaan kuasa' oleh Ahli Parlimen PH? Kenapa pemimpin PH tidak menuduh Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas melakukan penyalahgunaan kuasa? Sedangkan kes yang digugurkan itu turut mengundang rasa terkejut pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Persoalannya, adakah pemimpin PH khususnya DAP bersungguh dalam membanteras penyalahgunaan kuasa? Atau sebenarnya melindungi mereka yang ditangkap, ditahan atau didakwa mengikut Akta SOSMA?


Lau Chin Kok

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

24 Mac 2022

Sumber kenyataan

No comments:

Post a Comment