Thursday, July 4, 2019

Himpunan Baju Kuning depan Parlimen angkat plakad semburit


Hari ini 4 Julai 2019, RUU Pindaan Perlembagaan Had Umur Mengundi kepada 18 tahun akan dibawa ke Dewan Rakyat.

Dalam masa sama ada sekumpulan mengadakan himpunan aman di pintu masuk bangunan Parlimen sambil mengangkat plakad mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi DS Azmin Ali meletak jawatan ekoran penularan video seks luar tabii yang dikatakan mirip beliau.


Apakah mesej himpunan ini? Apa kaitan dengan RUU had umur mengundi?

Adakah mahu mengatakan bahawa golongan muda menolak seks songsang atau tidak menerima pemimpin yang memiliki masalah akidah?

Adakah orang muda kini mula menjadikan Al Quran dan kisah yang berlaku pada kaum Nabi Luth sebagai rujukan?

Sehingga kini Azmin masih belum menyaman Haziq. Dalam masa sama video demi video didedahkan pada khalayak ramai.

Adakah Azmin sedia melepaskan jawatan sebagai pemimpin bermaruah atau sedang merangka serangan balas kepada 'dalang' penyebaran video hanyir?

Sama-sama kita nantikan...

No comments:

Post a Comment