Monday, June 1, 2015

SPAD : Berita baik buat pengguna keretapi Gemas - Gua Musang


Banjir teruk sekitar bulan Disember 2014, mengakibatkan infrastruktur pengangkutan awam negara kita terjejas teruk - antaranya ; kerosakan landasan keretapi.

Landasan keretapi yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu laluan Gemas - Tumpat melibatkan 79 lokasi dengan anggaran kerugian RM350 juta. Dalam masa sama kerajaan persekutuan turut memperuntukkan RM200 juta sebagai komitmen awal.

Sehubungan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini yang berjanji untuk menyelesaikan masalah itu, menunaikan janji mereka.

Laluan keretapi yang rosak Gemas - Gua Musang kini dibaiki dan dijangka siap dalam tempoh 3 - 6 bulan.

Selain itu, #SPAD juga mengambil beberapa ketetapan dalam soal keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

Antaranya :

1. KTMB telah kemuka cadangan operasi keretapi antara Gemas - Gua Musang serta Kemubu - Bukti Abu dimulakan pada Julai 2015.

2. Pemeriksaan terperinci telah dilakukan SPAD pada 21 Mei 2015 dan KTMB telah beri fokus kepada pemulihan sementara landasan.

3. Operasi masih secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap.

4. Kerja-kerja pemulihan termasuk pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baharu.

5. Kerja-kerja pembaikan keseluruhan dijangka siap pada tahun 2017.

6. KTMB perlu mematuhi ketetapan SPAD sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

7. SPAD arahkan KTMB kemuka semula permohonan pembukaan separa landasan bagi memastikan landasan telah diperiksa dan selamat.

8. Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.


Sebelum ini SPAD dalam siaran medianya pada 28 Mei lepas mengatakan, pihak mereka telah mengambil maklum bahawa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas - Gua Musang serta Kemubu - Bukit Abu.  

Ia dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terperinci pada 21 Mei 2015. Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas - Gua Musang dan Kemubu - Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan. 

Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan SPAD sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. 

KTMB juga telah diarah oleh SPAD untuk mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas - Gua Musang dan Kemubu - Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD. 

Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.

Sedia maklum, rata-rata penduduk di Pantai Timur terutamanya di Kelantan menjadikan perkhidmatan keretapi sebagai pengangkutan utama.

Kerosakan landasan keretapi akibat daripada bencana alam pastinya menyukarkan kehidupan seharian mereka.

Syukur Alhamdulillah, SPAD sentiasa peka terhadap isu-isu melibatkan pengangkutan awam negara.

Sent from my iPhone

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete