Tuesday, June 9, 2015

Perutusan Anwar Ibrahim 'warning' PAS


Tindakan PAS yang berhasrat memutuskan hubungan secara rasmi dengan DAP mengundang rasa tidak senang Anwar Ibrahim.

Selain 'warning' PAS, Anwar Ibrahim tidak pernah lupa untuk menyebut nama Barisan Nasional sebagai bahan memberi persepsi buruk.


Kata Anggota Biro Politik KEADILAN, N SURENDRAN...

Semalam saya telah bertemu DS Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN.”

DS Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

9 Jun 2015

5 comments:

  1. hati orang tak sama dgn hati kita........dlm kehidupan tak ada paksaan.....bini pun blh putus inikan dlm parti....gila kuasa ramai aaaaa

    ReplyDelete
  2. PAS keluarlah PR kita akan lebih beriman dan khusyuk dengan ajaran Islam. Redha Allah akan sentiasa bersama kita InsyaAllah. Apa guna kita memerintah Malaysia sekiranya pemimpin Tok Guru Tuan Haji kita dicaci dihina oleh kafir. Rezeki Allah ada di mana-mana carilah rezeki itu dengan penuh syukur tanpa perlu mendokong aspirasi kafir yang penuh tipu daya dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  3. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete
  4. Bertaubatlah Anwar Ibrahim - apakah kamu lebih utamakan orang kafir dari saudara seIslam kamu dalam menghadapi kehidupan didunia ini.

    Sudahlah - politik kamu kini sudah sampai kepenghujungnya dan sebab itu kamu kini berada dipenjara.

    ReplyDelete
  5. Pakatan yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

    ReplyDelete