Monday, June 29, 2015

Pampasan #MH17 lambat bersebab


Pampasan lambat? Apa sebabnya?

Pihak Malaysia Airlines (MAS) perlu meneliti dengan terperinci mengenai penerima pampasan iaitu keluarga dan waris mangsa dalam penerbangan MAS MH17.

Kena pastikan mereka adalah keluarga dan waris mangsa yang sah dan berhak menerima pampasan berkenaan.


"Saya difahamkan ramai yang telah mendapat bayaran itu dan hanya tinggal beberapa keluarga mangsa yang masih belum dikenal pasti siapa yang perlu menerima bayaran itu.

"Perkara itu perlu diuruskan oleh MAS secepat mungkin. Bagi pihak kerajaan, kita sudah pastikan bahawa semua bayaran dibuat dengan cepat kerana kejadian itu hampir setahun berlaku," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Justeru itu, selepas pada ini diharap tidak lagi timbul soal kelewatan dan putar kenyataan berkaitan isu pampasan ini. Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan ini sudahpun cukup jelas.

Selain daripada itu, mengenai usaha kerajaan untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas yang mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal ini tetap digerakkan.

Ia selari dengan langkah kerajaan mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu Malaysia menyiasat seterusnya mendapatkan keadilan.

"Ini bagi memastikan badan penyiasat antarabangsa yang telah diwujudkan dapat mengeluarkan laporan mereka secepat mungkin untuk mengenal pasti siapa sebenarnya pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh," tegasnya.

No comments:

Post a Comment