Saturday, May 16, 2015

Pengusaha bas ekspress sekali lagi rayu SPAD naikkan tambang


Dalam sehari, berapa kalikah anda menggunakan perkhidmatan bas ekspres?

Atau hanya menggunakan bas ekspres untuk pulang ke kampung... sebulan sekali atau setahun sekali...


Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) baru-baru ini ada menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang meminta agar harga tambang bas ekspress dapat dikajisemula.

Sebelum ini syarikat-syarikat pengusaha bas ekspres juga ada membuat perkara sama, mohon supaya harga tambang dapat dinaikkan.

Apabila SPAD umumkan kenaikan harga dalam lingkungan RM4.60 hingga RM11 pada Mac lalu, ia kemudiannya ditangguhkan atas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa mendengar suara rakyat.

Di pihak pengusaha bas ekspres ini, mereka merasakan terkesan dengan kenaikan kos dari sudut penyelenggaraan dan sebagainya.

Jadi untuk menampung kenaikan kos operasi mereka tiada cara lain untuk menangani permasalahan tersebut dengan menaikan harga tambang, atau syarikat mereka terpaksa 'bungkus ikat tepi bawa balik kampung tanam jagung'.

Setiap masalah ada penyelesaiannya...

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? apakah sekiranya harga tambang bas ekspress ini dinaikkan maka ia seiring dengan mutu perkhidmatannya, penambahbaikannya? LCD monitor setiap kerusi misalnya dan WiFi percuma speed yang boleh download movie punya...


Atau kita yang hanya menggunakan perkhidmatan bas ekspress setahun sekali ini biarkan saja masalah ini, Malaysia bebas daripada kewujudan bas-bas ekspres... Balik kampung beraya tumpang kereta kawan, sudah tentu kawan bujang, kalau kawan yang sudah berkahwin, pasangan dan anak-anak mereka hendak campak ke mana?

Kawan, tak mungkin mereka meminta duit minyak atau duit tol daripada kita bukan...

Apa pula situasinya jika tiada kawan yang sudi dan tidak berupaya untuk tumpangkan kita?

No comments:

Post a Comment