Wednesday, May 27, 2015

Dugaan banjir - Untung FGV suku pertama jatuh


Banjir teruk yang melanda negara pada tahun 2014 - 2015 telah memberi kesan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Angka pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2015 menunjukkan kejatuhan 80.9 peratus kepada RM51.17 juta berbanding tempoh sama tahun 2014 iaitu RM268.01 juta.

Sementara pendapatannya turut merosot kepada RM2.96 bilion berbanding RM3.73 bilion sebelum ini.


Kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, ia berlaku akibat pengeluaran rendah tandan buah segar dan kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) yang juga menjejaskan syarikat berasaskan perladangan.

"Volum pengeluaran tandan buah segar kami susut 20 peratus kepada 930,000 tan metrik berbanding 1.16 juta tan metrik tahun ke tahun berikutan banjir teruk awal tahun ini,"

Harga MSM turut susut 12 peratus kepada RM2,279 satu tan metrik berbanding RM2,584 satu tan metrik pada suku pertama 2014.

Namun yang demikian, beberapa inisiatif diambil antaranya ; Meningkatkan penjanaan pendapatan serta penambahbaikan berterusan mengawal kos dan meningkatkan produktiviti di ladang / kilang.

Syarikat juga merancang sama ada minyak sawit hiliran atau huluan tempatan serta seberang laut dengan hasrat untuk bergabung atau mengambilalih bagi mengembangkan asas pendapatan.

"Kami mempunyai kewangan kukuh untuk bergabung atau mengambilalih. Ketika ini kumpulan memiliki tunai RM2.9 bilion, tahap penggearan 0.7 kali dan bersedia menerbitkan Sukuk untuk mengumpul dana jika diperlukan.

"Kami juga melabur dalam ladang yang pernah dimajukan sebelum ini di rantau ini bagi mempercepatkan peningkatan profil usia tanaman kami."

Syukur Alhamdulillah, sekalipun berdepan dengan dugaan bencana alam namun langkah-langkah proaktif diambil bagi memastikan FGV terus membawa keuntungan. 

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete