Monday, April 6, 2015

Tiada Panggilan Kecemasan direkod - Sahabat


Insiden helikopter terhempas di Semenyih yang mengorbankan enam penumpang kelmarin, begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat setempat.

Insiden tersebut turut dirasai secara dekat oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, sahabat baik kepada Ahli Parlimen Rompin yang merangkap Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

"Secara peribadi, Tan Sri JJ dan Datuk Seri Azlin adalah rakan karib saya. Ini merupakan kehilangan besar buat saya."

Itu satu kenyataan pilu daripada sahabat kepada kedua-dua allahyarham...


Sementara Liow yang juga merupakan Menteri Pengangkutan turut memberitahu bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat oleh helikopter berkenaan.

Dalam masa sama helikopter tersebut juga mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan.

"Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.

"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan 'Mayday' atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan."

Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Klawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang merupakan laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter tersebut.

Sementara juruterbang Clifford William Fournier Jr yang memandu helikopter jenis Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu memiliki lesen yang sah sejak tahun 2012 dan memiliki pengalaman hampir 13 tahun.

Selain Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Seri Azlin, empat yang lain turut terkorban ialah juruterbang Clifford William Fournier Jr, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

Setiap yang hidup pasti akan pergi. Apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment