Monday, April 27, 2015

#PRK Rompin - Peneroka derita saham FGV jatuh??? Ini jawapannya...


Kalau sudah namanya pembangkang, semua benda hendak dibangkang!

Menerusi NGO lidah pembangkang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), mereka sedaya upaya memancing perhatian peneroka FELDA dengan isu berkaitan saham Felda Global Venture Holding Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia.

Tuduhan liar mereka, kononnya peneroka tertipu atau menderita dek kejatuhan harga saham FGV.

Buat anak-anak peneroka yang celik, sebarkan berita berdasarkan fakta ini kepada orang-orang tua dan masyarakat kita di gugusan sana.


Jangan mudah kita terpedaya dengan tuduhan liar yang sengaja dibangkitkan bertujuan memburuk-buruk kerajaan, demi meraih undi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin ini.

1. Walaupun saham FGVH jatuh di pasaran, sehingga sekarang peneroka-peneroka FELDA masih mendapat dividen interim.

2. Tidak kira sama ada peneroka sudah menjual 800 unit saham mereka atau tidak, peneroka tetap mendapat dividen interim.

3. 800 unit saham milik peneroka sebenarnya tidak menggunakan duit peneroka langsung. Sebaliknya FELDA tolong bayarkan pembelian unit saham berkenaan.


4. Hasil penyenaraiaan FGVH, peneroka telah mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 iaitu RM5,000 untuk peneroka, RMRM5,000 untuk isteri dan RM5,000 lagi untuk anak. Jika dicampur dengan 3 kali dividen interim, nilainya lebih besar daripada kenaikan harga saham.

5. Nilai peratus dividen interim yang telah dibayar 3 kali adalah sebanyak 16%, 18% dan 18%.

Ini bukan cakap kosong, kita berperang menggunakan fakta, bukan emosi dan tuduhan liar untuk memburuk-burukkan orang lain.

SEBARKAN!!!

KLIK, lagi fakta di sini

No comments:

Post a Comment