Selepas berjumpa dengan pelbagai pihak terutamanya melibatkan kumpulan sasaran, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres yang akan diperkenalkan melalui 2 peringkat.
Kenaikan untuk tambang teksi akan dikuatkuasakan serta merta manakala kenaikan tambang bas pula bermula 15 Mei ini.Sementara warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun masih kekal menikmati diskaun 25% bagi penggunaan bas ekspres.
Dalam masa sama kenaikan ini hanya melibatkan Semenanjung Malaysia sahaja. Ya, sudah pasti ini berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak terutamanya buat pemandu teksi. Sudah sekian lama, sejak tahun 2009 lagi tiada semakan tambang ini dibuat.
Bermakna kira-kira 6 tahun berlalu. Berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Singapura, London dan Sydney, mereka membuat semakan terhadap kadar tambang pada setiap tahun.
Sepertimana semua maklum, kenaikan pelbagai kos seperti penyelenggaraan kenderaan, bahan api dan insurans maka keputusan untuk menaikkan kadar tambang ini sangatlah relevan.
SL ada menerangkan serba sedikit mengenai rasionalisasi kenaikan tambang ini, KLIK DI SINI
Selepas ini, dapatlah abang-abang dan kakak-kakak teksi kita menarik nafas lega. Mampu mengurangkan beban mereka bagi membiayai pelbagai kos sekarang ni...
Dapat juga memperbaiki kualiti terutamanya melibatkan kenderaan mereka, untuk kemudahan kita juga sebagai pengguna. Tambahan pula pengangkutan awam ini merupakan persepsi pertama dan terakhir pelancong luarnegara.
Tiada lagi istilah teksi rosak tengah jalan, teksi buruk dan sebagainya. Dan tak ada lah lagi pemandu teksi yang enggan menggunakan meter.
Baik, banyak mana peningkatan kadar tambang ini? Untuk makluman, kadar kilometer pertama atau 3 minit pertama dikekalkan iaitu RM3.
(Kadar Lama / Kadar Baharu)
TEKSI BAJET :
Jarak : RM.0.10 / 115 meter - Jarak : RM.0.25 / 200 meter
Masa : Rm0.10 / 21 saat - Masa : Rm0.25 / 36 saat
TEKSI BAJET PULAU PINANG
Kilometer pertama atau 3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.10 untuk setiap 115 meter - Jarak: RM0.30 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.10 untuk setiap 21 saat - Masa: RM0.30 untuk setiap 36 saat
KERETA SEWA
Harga per kilometer: RM1 - Harga per kilometer: RM1.25
KADAR BAHARU TEKSI 1MALAYSIA (TEKS1M)
Lembah Klang & Johor Bahru :
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.30 untuk setiap 200 meter Masa: RM0.30 untuk setiap 36 saat
Pulau Pinang
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.35 untuk setiap 200 meter Masa: RM0.35 untuk setiap 36 saat
#TambangNaik - Beri Manfaat kepada....
1. Pemandu Teksi / pengusaha bas
2. Pengguna (perkhidmatan yang berkualiti)
3. Pelancong Luarnegara (tanggapan positif)
4. Pengangkutan Awam menjadi lebih baik - ramailah yang nak guna pengangkutan awam lepas ni...
5. Tak adalah lagi pemandu teksi tak guna meter.
No comments:
Post a Comment