Apakah tujuan sebenar lidah rasmi DAP RoketKini menyiarkan satu artikel yang ditulis oleh seorang felo di Lingkaran Islam Tradisional berhubung isu penganjuran Oktoberfest dan kempen sentuh anjing?
Penulis yang bernama Asyraf Muiz Roslan di dalam artikel yang bertajuk 'Anjing, Oktoberfest dan masyarakat Melayu' memulakan penulisannya dengan memetik beberapa kisah dan hadis. Mari kita baca dan perhatikan bagaimana bentuk penulisan ini dan sebab-sebab ia disiarkan oleh Roketkini.
"Anjing bukan perkara yang asing dalam perbahasan keilmuan Islam. Kalau kita membaca kisah dalam Quran, antaranya ada kisah Ashabul Kahfi – kisah sekumpulan pemuda yang beriman lari ke dalam gua untuk menyelamatkan iman mereka daripada pemerintah yang zalim pada zaman Raja Decius dari Rom. Mereka tertidur lebih 300 tahun dan apabila bangun mendapati anjing mereka, Qitmir, hanya tinggal tulang-belulang."
"Bahkan ada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari menceritakan kepada kita bagaimana kisah ihsan seorang perempuan yang seluruh hayatnya menjadi pelacur akhirnya masuk syurga kerana memberi anjing minum dari sepatunya,"
"Saya yakin isu anjing yang sedang hangat sehari dua ini bukan sekadar permasalahan fiqh yang asas. Kempen sentuh anjing yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan yang baik antara manusia secara umumnya dan umat Islam khususnya dengan anjing yang selama ini curiga kepada anjing – curiga sehingga ke tahap menghina, mencederakan dan memukul anjing. Reaksi awam selepas kempen ini berbeza.
"Walaupun selama ini masyarakat Muslim Malaysia memahami bahawa anjing adalah najis dan haram, keadaan menjadi berbeza dalam zaman ini. Sebahagiannya seperti sengaja menunjuk kepada umum walaupun kepercayaan dan ketakutan masyarakat kepada anjing masih menebal,"
"Begitu juga kalau kita melihat isu yang berturutan sebelumnya, iaitu pesta Oktoberfest. Tahun ini menjadi hangat apabila sebilangan pemimpin politik DAP menayang gambar mereka bersama minuman keras di laman facebook mereka. Sebilangan besar umat Islam menyambut dengan rasa marah atas alasan merosakkan sensitiviti umat Islam negara ini. Sedangkan pendapat yang masyhur dalam masyarakat kita bahawa non-muslim bebas untuk minum minuman keras."
"Muslim yang menayang gambar bersama anjing dan ahli politik DAP yang menayang gambar bersama minuman keras sebenarnya membawa satu mesej yang lain. Satu dari masyarakat sivil dan satu daripada parti politik. Kedua-duanya membawa mesej bahawa mereka penat kepada hegemoni kekuasaan agama di Malaysia yang terlalu mengongkong kebebasan untuk mengamalkan apa yang dipercayai,"
Artikel penuh di RoketKini
APAKAH REAKSI PEMIMPIN PAS, PKR DAN PALING PENTING, APA REAKSI ANDA?
Tujuannya hanya untuk menanam pemikiran Libralisme di kalangan umat Islam negara ini
ReplyDeleteYg tulis tu gila...
ReplyDelete...
ReplyDelete(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??
Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??
Sumber Berita
>> Klik Di Sini <<
MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'
MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'
Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M
Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M