Wednesday, June 18, 2014

UiTM tu ape???


Bermula daripada RIDA, kemudian ITM dan kini UiTM...

Seperti yang sedia maklum, UiTM merupakan antara institusi ilmu yang mempunyai niat memperkasa dan memartabatkan orang-orang Melayu.

Berapa ramai graduan Melayu yang lahir dari kilang UiTM ini? Lahir dengan berjaya sehingga mampu mengubah kehidupan keluarga mereka dengan lebih baik. Alhamdulillah...

Tidak perlu untuk mereka 'mengenang' jasa kilang itu, jauh sekali untuk berterima kasih kepada 'pencipta' kepada penubuhan kilang tersebut termasuk bantuan-bantuan yang disalurkan... Ini kerana kejayaan itu adalah datang daripada usaha gigih mereka dalam pembelajaran.


Itu sudah memadai, apa yang utama adalah matlamat 'pencipta' kilang ini tercapai yakni memperkasa dan memartabatkan anak-anak Melayu di bidang akademik.



Namun dasar murni ini semakin hari mula terpalit dengan kemasukan agenda politik kotor. Paling ketara bermula sejak kempen pilihanraya kecil Teluk Intan apabila 'Melayu' DAP dilihat cuba 'mengusik' kilang ini.





Ia kemudian disambut pula dengan pendedahan seorang lagi muka 'Melayu' yang digelar Ketua Strategi yang mendakwa wujud kronisma di dalam pembinaan UiTM cawangan Pasir Gudang. Dakwaan yang mengatakan penglibatan kroni UMNO itu secara tidak langsung mengiyakan bahawa UMNOlah pencipta kepada kilang yang berniat murni memperkasa dan memartabatkan anak-anak Melayu di bidang akademik!!!




*Apa jasa YB Pandan sejak menjadi Ahli Parlimen?
*Apa kerajaan Pakatan Rakyat lakukan untuk kemajuan rakyat selain menanam budaya kebencian dan dendam?




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UiTM ITU APA?










6 comments:

  1. aku graduan uitm yang asalnya spm pangkat 2 nak masuk penghujung pangkat 3..dulu mintak politeknik nak buat diploma diorang kata tak layak..sebab uitmlah aku dapat mengubah keluarga yang hidup susah..wahai graduan uitm tolaklah parti yang tak boleh membantu orang islam danm melayu..parti pas takda apa2 pun untuk bantu orang melayu islam..

    ReplyDelete
  2. I love you ITM. Muah, muah, muah . . .

    Hidup Pak Arshad, Hidup Ibrahim Shah, Hidup Ibrahim Ali, Hidup Melayu, Hidup Bumiputera.

    Pergi mampus Mat Sabu, pergi mampos Khalid Ismet, pergi mampos Dyana Sofya dan spesis2 yang sama perangai

    ReplyDelete
  3. Aku Graduan ITM 19882. SPM pangkat 3 hidup ibu bapa susah. Dapat kerja Kerani kemudian dapat peluang buat Computer Science kat ITM, lulus dapat kerja Kerajaan. Sekarang dah pencen, hidup senang. Semua anak-anak lulusan ITM. Terima kasih ITM, Hidup ITM. Siapa yang hendak hapus ITM, bermaana nak menghapuskan orang melayu...

    ReplyDelete
  4. Aku geraduan ITM 1993 kursus sijil masak je msk pakai SRP dah 20 thn aku tinggalkan ITM sekarang dah jadi CHEF kat hotel dgn gaji lumayan.Takde ITM takde la aku berjaya sekarang dgn SRP je..Pada melayu yg tak tau apa nilai ITM baik diam atau jadi bangsa lain je. Hidup ITM, hidup melayu, hidup bumiputra!!!! PERGI MAMPOS SAMA RAFIZI LEMBU BODOH??????.......

    ReplyDelete
  5. Aku Graduan Adv Dip Electrical .... ITM 1996 ... Kerana Jasa ITM aku telah berjaya menjawat 2 kali Jawatan CEO untuk 2 kolej, Kolej Milik kerajaan Negeri diselatan Tanah Air ..
    Terimakasih ITM @ UiTM ... Jasa mu ku kenang....keberadaanmu ku pertahankan .... musuhmu bakal ku hapuskan ... itulah janji keramat kami graduan " Mat Engine 1996 "

    exPAS 2012

    ReplyDelete