Sunday, May 4, 2014

Kerajaan Setuju Masukkan Demonstrasi Jalanan Dalam Modul Kokurikulum Sekolah?

Kemungkinan pembukaan Sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi akan ada Menteri atau Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mewakili kerajaan persekutuan mengusulkan cadangan supaya memasukkan aktiviti Demonstrasi Jalanan atau Protes Jalanraya dalam modul di peringkat sekolah.

Adakah benar ura-ura seperti yang dikhabarkan ini?
Ada baik juga jika ia benar-benar terjadi kerana dewasa ini aktiviti sedemikian menjadi sesuatu yang popular.

Dalam masa sama kerajaan pemerintahan tidak berupaya menghalang mana-mana pihak untuk turun ke jalanraya, apatah lagi pihak berkuasa tempatan.

Fitnah berleluasa dan keganasan merata-merata menjadi modal pihak yang tidak bertanggungjawab dalam meraih kuasa populariti rakyat.

Sekiranya aktiviti rusuhan diambil menjadi modul di sekolah maka ia sekaligus dapat membudayakan protes jalanraya terhadap anak-anak. Selepas pada ini para guru perlu menjadi fasilator dalam mengajar pelajar seterusnya menjadi perusuh dan pemberontak yang berjaya di masa akan datang. Di dalam pembelajaran teori pula para guru boleh mengajar anak murid untuk menjadi perancang atau pengarah strategi yang bijak.

Maka itu pihak dikalangan parti pembangkang pasti berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan akan memberikan undi 300% kepada parti pemerintah itu menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak kerana sentiasa memihak kepada desakan mereka yang mengakui mewakili suara majoriti rakyat.

RAKYAT MEMERHATI

1 comment:

  1. Setuju tu brader..agak agak berapa ramai anak anak murid dari 10 ribu mak bapa melayu berotak lembu bodoh yang hadir semasa demonstrasi menentang GST tetapi tak memahami makna sebenarnya, akan bersukaria sekiranya benar benar akan menjadi salah satu mata pelajaran wajib bagi manusia bangang ni.

    ReplyDelete