Tuesday, January 7, 2014

MASIH KUAT LAGI KE JAKIM PERTAHAN ISLAM?

Sejak akhir-akhir ini apa jua soal melibatkan agama persekutuan iaitu Islam seringkali menjadi tajuk utama baik di dada akhbar mahupun media sosial.

Kenapa perkara ini berlaku?

Adakah ini berkaitan dengan soal kepimpinan?

Ya, inilah yang menjadi buah mulut dan perbualan di kebanyakan kedai kopi, dari apa yang didengar Suara Lensa sebagai blogger nyamuk.

Blog kecil seperti ini sudah pasti akan menceritakan perihal yang sebenar kepada pembaca, bukan seperti kebanyakan pegawai di PMO yang hanya cerita bagi menyedapkan cerita.

Berbalik kepada soal kredibiliti JAKIM sebagaimana tajuk diatas, masih berkuasa lagikah badan ini?

Jawapan tepat setakat ini pastilah TIDAK.

Apa yang Jamil Khir Baharom buat selaku menteri yang bertanggungjawab???

Setakat mana isu berkaitan agama Islam dan penganutnya dipertahankan?

Jamir Khir WAJIB menjawab beberapa persoalan bagi menjelaskan kepada rakyat di kedai kopi, antaranya,

1. Berapa bidang tanah wakaf yang diamanahkan untuk kebajikan orang Islam dijual kepada pengusaha minuman keras, pusat hiburan, bangunan komersial?

2. Berapa buah rumah anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin dirobohkan dan berapa buah pula yang menjalankan operasi dengan pembiayaan sendiri?

3. Tahun bilakah pengemis dikalangan Islam akan dibantu?

4. Berapa ramai pegawai dikalangan 

atau Jamil Khir selaku menteri perlu mengambil tindakan bermaruah seperti letak jawatan.

ini adalah saranan positif buat Jamil Khir kerana institusi agama yang penting ini tidak wajar dimasukkan dengan elemen kotor politik dan sifat yang mementingkan diri sendiri.

Belum diceritakan lagi perihal Dr Masitah yang dikatakan 'demand' lebih apabila diminta untuk mengadakan ceramah agama.

Sedang agama lain memberi khidmat ceramah percuma.

Agama Islam bukan untuk dijual beli dan dilacurkan demi kuasa dan wang ringgit!

5 comments:

  1. JAKIM perlu tegas skrg support JAIS.
    Propaganda penerangan hak Islam mesti digerakkan cepat.
    Ini seolah2 di lihat Kristian dh berani cabar dn Islam kelihatan bersalah..
    PAS jgnd i harap lg sb mereka ni separuh islam separuh kafir.. entah apa yg mereka mahu dgn biarkan Kristian cabar JAIS dan Sultan dlm isu ini.. apakah mereka lupa Kafir takkan berkawan baik dgn mereka tnpa sebab utk merosakkan Islam..

    ReplyDelete
  2. Just nak clarify..ramai orang mengangap JAKIM sebagai sebuah Jabatan yang boleh menguatkuasakan undang2..tetapi sebenarnya tidak boleh..kuasa JAKIM jauh lebih sedikit berbanding Jabatan Agama Negeri kerana undang2 syariah adalah tertakluk kepada bidang kuasa pemerintah negeri atau sultan. JAKIM hanya terbatas kepada penguatkuasaan penggunaan logo Halal sahaja selain program dan dasar berkaitan agama islam..tetapi dari segi penguatkuasaan undag2 JAKIM tiada apa2 locus standi.

    sekian.

    Mohamed

    ReplyDelete
  3. Gunakan TV , tunjuk video Zakir Naik, Ahmad Deedat komen pasal bible dan kristian tu. JAKIM tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
  4. itulah kekurangan jelas skrg.Melayu Islam bermusuh sesama sendiri.Tujuannya hanya satu,utk tegakkan kebenaran masing2.Sama2 dipergunakan oleh anasir yg punyai halatuju jelas,merampas T.Melayu..

    ReplyDelete
  5. Jakim yang sebenarnya dah tak ujud lagi....jakim sudah mati ....sebab segalanya jatuh dibahu kerajaan negeri ...itu kata jakim ......

    ReplyDelete