Friday, October 25, 2013

PRK Sg Limau : Mukriz diserang!


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa Mukhriz ditolak Umno kerana tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini semalam turut mendakwa Mukhriz tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri enam bulan sejak mengambil alih pentadbiran, sebaliknya hanya menumpukan kepada pemilihan jawatan tertinggi Umno.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima dengan hati terbuka beberapa episod serangan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau, sejak kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Limau, bermula kelmarin. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, beliau tidak bercadang membalas dakwaan-dakwaan itu, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada kempen secara sederhana dengan mengelak sebarang serangan peribadi.


Mukriz : “Yang kita akan gunakan… yang penting kita akan tekankan soal calon anggota DUN kita yang datangnya dari pihak sama dengan kerajaan yang memerintah negeri, yang juga mendapat sokongan kerajaan pusat.

“Jadi apa yang kita janji sudah tentu kami berupaya dan akan tunaikan,”




2 comments:

  1. hebat anak Tun Mahathir...kehadirannya meresahkan dalam UMNO dan PAS...nampak PAS bimbang dengan aura Mukhriz.....PAS tak yakin dengan agendanya sendiri keran terlalu menyerang Mukhriz

    ReplyDelete
  2. Mahpos ni tahu apa itu dosa dan apa itu pahala. Kala tahu mengapa buat fitnah yg bukan2. Takde manusia yg rational sanggup percaya DS Mukhrus tak buat ape ape kepada negeri kedah.Wahai Mahpos kau tanggung la dosa kering tu.Dosa kamu menyerlah apabila muka jamu akan menjadi semakin hitam setiap hari.Tengok lah dalam cermin tiap2 hari.

    ReplyDelete