Berdasarkan ulasan dia petang tadi, saya mula rasa kuat kemungkinan sebenarnya PMX sendiri pun tak faham atau tahu apa yang dia sedang buat.
Tadi, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini, dengan alasan ia akan membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah.
"GST ini cukai menyeluruh. Faham? Ia kenakan cukai ke atas semua benda, walaupun kadar rendah - gula, tepung, makanan - semua orang kena bayar. Itu GST. Kalau tanya saya, ya, sistemnya mudah - cukai semua benda.
"Tapi saya tanya balik - patutkah nelayan, pekebun kecil, pekerja gaji rendah, penyapu jalan pun kena cukai? Sebab itu kita belum bersedia untuk GST," katanya.
Anwar menambah, sekiranya ekonomi pulih dan gaji minimum meningkat kepada RM4,000 ke atas suatu hari nanti, maka barulah boleh dipertimbang semula pelaksanaan GST.
"Tapi buat masa ini? Tidak. Pembangkang ni mungkin perlukan kelas pemahaman sikit," katanya.
Yang perlukan kelas pemahaman ialah kamu, wahai PMX.
Kamu kata GST tu cukai menyeluruh sebab "kena semua benda".
Tapi selepas kamu sendiri dua kali naikkan kadar dan perluaskan skop SST — pada 1 Mac 2024 dan sekali lagi pada 1 Julai 2025 — sekarang SST dah meliputi 97% barangan.
Masa SST diperkenalkan semula dulu, senarai barangan yang dikecualikan cukai setebal 320 muka surat, merangkumi 8,094 jenis barangan.
Tapi versi tahun 2025? Tinggal 103 muka surat sahaja, dengan hanya 1,813 barangan masih dikecualikan.
Jadi jumlah barangan yang dikecualikan hari ini dah tak jauh beza pun dengan senarai pengecualian GST dulu yang kamu selalu hina-hina.
Kalau 97% barangan dah kena cukai, itu bukan cukai menyeluruh ke?
Atau kamu tak perasan sebab terlalu asyik potong senarai pengecualian satu demi satu - sampai lupa kamu sendiri sedang bawa SST jadi lebih teruk dari apa yang kamu pernah kritik dulu - iaitu pada 97% barangan dicukai?
Kamu kata "gula, tepung, makanan" dikenakan GST.
Tapi SST kamu sekarang kenakan cukai ke atas gula mentah, garam, jem makanan, sesetengah jenis ikan, cendawan, dan semua jenis buah - termasuk kurma, mangga, epal dan apple.
Makanan tradisional Cina pun kamu tak lepaskan - kurma merah, kulat putih, kulat hitam, longan kering, gula batu - semua dikenakan cukai.
Malah air laut pun kamu rasa layak dicukai. Air laut, ya.
Jadi, nelayan, pekebun kecil, pekerja gaji rendah, penyapu jalan – semua ni tak makan garam? Tak guna gula? Tak beli buah import macam epal, oren, kurma, pisang, manga, atau ikan ke? Tak makan roti dengan jem?
Orang miskin tak pergi gunting rambut ke? Itu pun kena cukai juga mulai 1 Julai.
Masalah utama ialah SST kamu kini terlalu menyeluruh. Hampir semua benda dicukai - dan dengan kadar 5%, 10%, ditambah pula dengan cukai perkhidmatan 8% - ia lebih membebankan berbanding GST 6%.
Tambahan pula, SST ini ada kesan cukai atas cukai. Barang kena cukai semasa pengilangan, kena lagi masa logistik, dan akhirnya kena lagi bila sampai ke pengguna.
Tak hairan harga barang naik lebih teruk berbanding zaman GST pada kadar yang sama.
Lebih parah, sistem SST ini telah melemahkan daya saing negara. Tahun lepas, Malaysia jatuh di bawah Indonesia dan Thailand buat pertama kali dalam sejarah.
Jadi alasan kamu bahawa GST hanya akan diperkenalkan bila gaji minimum cecah RM4,000 adalah langsung tidak relevan.
Kerana realitinya - rakyat berpendapatan rendah jauh lebih teruk terkesan di bawah SST Madani yang menyeluruh, berkadar tinggi, dan menurunkan potensi pertumbuhan gaji mereka sendiri akibat daya saing negara lemah.
Sumber;
...
SL copy paste tulisan Lim Sian See sebagai backup, memandangkan FB beliau kena padam oleh... korang sendiri tahu siapa...
Rugi kalau tak ada backup sebab tulisan LSS semuanya berfakta dan bukan fitnah. Tu yang PH DAP takut sangat tu...
Mohon like dan follow FB terbaru LSS.
No comments:
Post a Comment