Musim pemilihan parti PKR (parti kerajaan) kali ini dilihat cukup dahsyat setelah anak Presidennya, merangkap Perdana Menteri, iaitu Nurul Izzah secara rasmi umum bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.
Izzah yang terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi ini mencabar penyandang, Rafizi Ramli.
Rafizi kata beliau akan letak jawatan Menteri Ekonomi kalau kalah dalam pertandingan ini.
Dalam kempen, Rafizi secara sinikal atau reverse psychology, berkempen kepada pengikutnya supaya memberi undi kepada Nurul Izzah.
Katanya, kalau Nurul Izzah kalah, ia menandakan akar umbi PKR menolak papanya, Anwar Ibrahim (Presiden PKR merangkap Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan).
Adakah cara kempen Rafizi ini berkesan?
Adakah Rafizi benar-benar mahu melepaskan jawatannya?
Adakah ini masa terbaik Rafizi mengatakan kepada akar umbi PKR bahawa jawatannya sebagai Menteri Ekonomi sebenarnya tidak membawa apa-apa erti kerana kementerian ini bukanlah pembuat dasar penting kepada negara. Tidak seperti Kementerian Kewangan. Maka itu Rafizi tidak dapat melaksanakan formula-formula beliau semasa bergelar pembangkang dulu. Ini kerana Anwar tidak berani meletakkan Rafizi di kementerian yang sewajarnya. Sekarang orang melihat Rafizi gagal kerana tidak tunai janji, tidak laksana formula. Tetapi hakikatnya Rafizi tiada kuasa untuk melaksanakannya.
Apa yang pasti, gerakan kempen Rafizi menerusi 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗗𝗘𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 (𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞) ini telah menggoncang Putrajaya, terutama PMO yang diduduki Anwar.
Boleh lihat siaran langsung kempen Rafizi, ribuan tontonan, di lapangan juga begitu, mengingatkan kita kepada ceramah-ceramah reformasi anjuran PKR yang dibanjiri lautan manusia suatu ketika dahulu.
Ramai penganalisis politik merasakan PKR sedang melalui fasa reformasi sebenar apabila Rafizi berani memulakan langkah demi memastikan dan membuktikan bahawa PKR bukanlah parti milik Anwar sendirian bersama keluarganya. Tetapi PKR ini milik ahlinya, yang bertungkus lumus, bermatian-matian menegakkan keadilan. Tanpa perjuangan akar umbi, mana mungkin Anwar dapat dibela. Ramai akar umbi PKR tidak lagi mahu melihat pejuang-pejuang asal PKR dibenam seperti Tian Chua dan ramai lagi pengasas PKR termasuk Otai Reformis.
Adakah PKR mampu bertahan lama seperti UMNO? Adakah UMNO parti anak beranak, nepotisme dan one man show? Atau PKR hanya parti kerajaan sepenggal?
Adakah DAP yang berpengalaman mengurus parti nepotisme dengan penyingkiran Dinasty Lim dapat ajar PKR?
Apa pula pandangan korang? Nyatakan di ruangan komen...
Suaralensa
14 Mei 2025
No comments:
Post a Comment