Wednesday, May 14, 2025

Menteri DAP membisu kes MH17? : "Kalau ini bukan diplomasi pengecut, kita nak panggil apa?" - Penganalisis

 


Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), agensi khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai 193 negara, telah pun membuat keputusan bahawa negara Rusia bertanggungjawab atas tragedi MH17.


Pesawat milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di udara Ukraine, mengorbankan 298 nyawa, termasuk 43 rakyat Malaysia termasuk ibu tiri kepada dua bekas Perdana Menteri kita dan kesemua 15 kru yang semuanya warga kita.


Australia dan Belanda, tanpa berlengah, terus mengeluarkan kenyataan rasmi mendesak ICAO supaya rundingan pampasan dengan Rusia dimulakan segera.


Mereka tahu ini bukan soal politik tetapi ini soal prinsip dan keadilan untuk warga negara mereka yang terbunuh.


Tapi Malaysia?


Negara asal pesawat, mangsa pun rakyat kita, tapi masih terkial-kial dengan kenyataan:


“Kami akan keluarkan kenyataan… nanti.”


Bayangkan.



Negara luar dah bersedia naik ke pentas antarabangsa untuk bela rakyat mereka.


Kita? Masih “berfikir” nak keluarkan kenyataan.


Pampasan? Tak sebut.


Desakan diplomatik? Tak berani.


Panggil duta Rusia? Mimpi pun tak.


Kalau ini bukan diplomasi pengecut, kita nak panggil apa?


Dan sekarang bayangkan pula bagaimana dunia melihat Malaysia jika kita terus senyap:


1. Sebagai negara yang tak sanggup berdiri untuk mangsa sendiri.

Kalau kita tak berani tuntut keadilan untuk 43 warganegara kita yang dibunuh, apa lagi yang kita sanggup pertahankan?


2. Sebagai rakan dagang yang boleh dibuli.

Negara-negara besar akan lihat Malaysia sebagai lemah. Sanggup diam walau warganya mati.


3. Sebagai boneka diplomatik.

Bila negara lain mendesak dan kita hanya tunduk demi “lawatan rasmi ke Rusia”, dunia akan tahu siapa yang kita takut - dan siapa yang kita tak berani cabar.


4. Sebagai kerajaan yang lebih pentingkan hubungan politik daripada maruah negara dan nyawa warga negara.


Bila semua orang tunggu Malaysia bersuara, dan kita hanya keluarkan kenyataan “akan keluarkan kenyataan”, itu bukan diplomasi - itu kebaculan.


MH17 bukan isu luar. Ia isu kita.


Pesawat kita. Syarikat penerbangan kita. Krew kita. Mangsa kita.


Kalau kita sendiri takut bersuara, dunia akan tahu Malaysia bukan negara berdaulat, tapi negara yang sanggup diam kalau yang menembak itu orang yang pemimpin kami suka sangat berselfie bersama.


Kalau kerajaan Madani terus kecut untuk bersuara dengan tegas maka jangan salahkan dunia kalau satu hari nanti, maruah negara dan nyawa Rakyat Malaysia dipandang remeh.


Sebagai permulaaan, Madani PERLU segera umum Malaysia terima keputusan ICAO dan turut gesa ICAO mulakan rundingan untuk tuntut pampasan dari Rusia.


Dan tolonglah, jangan perasan lebih kononnya timing keputusan ICAO itu dikeluarkan semata-mata nak sabotaj lawatan PMX ke Rusia.


Dunia tak berputar ikut jadual PMX.


Lim Sian See

14 Mei 2025


No comments:

Post a Comment