Kerajaan negeri PAS arahkan semua premis perniagaan di Kelantan wajib tutup operasi pada 1 Syawal.
Menurut Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah,
"Sekiranya melanggar peraturan mereka (pemilik premis perniagaan) boleh dikenakan kompaun.
"Pelaksanaan peraturan ini bertujuan membolehkan semua pekerja muslim menyambut Aidilfitri. Peraturan ini bukan baharu, sebaliknya ia sudah diamalkan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad, 23 Mac 2025
Timbul persoalan, apa mesej yang hendak dibawa dengan peraturan ini?
Sekat aktiviti ekonomi hanya kerana bertujuan membolehkan semua pekerja muslim menyambut Aidilfitri? Kalau majikan nak buka operasi perniagaan mereka, tanpa pekerja muslim, macam mana? Boleh atau tak?
Adakah klinik, hospital, stesen minyak juga diarah tutup? Kalau beroperasi juga akan dikenakan kompaun?
Kalau pekerja muslim mahu bekerja selepas solat sunat Aidilfitri kerana dibayar 2-3 kali ganda daripada hari biasa, boleh atau tidak? Adakah rakyat Kelantan bebas membuat pilihan masing-masing selagi tidak melanggar syariat Islam?
Apa mesej yang hendak Kerajaan PAS bawa kepada orang ramai dalam hal ini? Adakah Islam terlalu keras, menyekat demokrasi dan menutup pintu rezeki halal?
Suara Lensa
25 Mac 2025
*Mekah pun tak wajibkan peniaga tutup kedai semasa musim haji;
No comments:
Post a Comment