Tuesday, May 7, 2024

NAJIB RAZAK DIKHIANATI UMNO?


Sejak kebelakangan ini tiba-tiba saja timbul segelintir pemimpin UMNO yang mula bercakap pasal bossku DS Najib Razak. Habis semua gambar-gambar lama dimuatnaik, acah-acah mereka bersama bossku, merekalah terpaling setiakawan. Tapi sebenarnya...


Sebenarnya puak inilah yang dilihat paling terancam apabila DS Najib bebas. Puak ni sedar, kalau ada Najib, mereka tiada peluang untuk menogak nikmat dunia, tiada peluang duduk kerusi empuk yang ada sekarang dan tiada peluang untuk jalan berkepak mengiringi PMX dan pemimpin DAP yang disanjung tinggi.


Terus terang cakap, pasal Titah Adendum berkenaan kes DS Najib jalani baki hukuman penjara di rumah, ke mana puak ini menghilang selama 77 hari?


31 Januari 2024 tengok dokumen.

17 April 2024 baru timbul.


Itu pun selepas peguambela DS Najib failkan permohonan mencabar Titah Adendum berkenaan pada 1 April 2024.


Paling mengecewakan, hanya beberapa UMNO negeri sahaja keluarkan kenyataan sokong DSN. UMNO pusat tidak pula keluar kenyataan secara jelas dan berani (setakat artikel ini ditulis). Malah, paling memalukan bagi UMNO Malaysia adalah apabila admin FB page DSN kongsi kenyataan media PAS Malaysia di laman sosialnya. Tidakkah ini satu tamparan terhadap UMNO Malaysia? 


Adakah UMNO Malaysia hari ini perlu tunggu green light dari DAP sebelum dibenarkan buka mulut?


Sebenarnya, apa yang berlaku dalam UMNO hari ini dinamakan perpecahan, yang dilihat sengaja dirancang untuk melemahkan UMNO sehingga dikambus tanah, lenyap dari muka bumi.


Memang nak hapuskan UMNO dari luar cukup susah kerana UMNO adalah parti keramat yang bertunjangkan rakyat.


Maka itu UMNO dirobohkan dari dalam oleh puak anai-anai yang berselindung berpuluh tahun. Selama ini mungkin ada yang rasa PPBM ganti UMNO, tetapi jangan terperanjat kalau PKR ganti UMNO.


Keadaan hanya dapat diselamatkan oleh bossku DS Najib Razak.


You know what I mean.





No comments:

Post a Comment