Projek HSR by Ds Najib Razak yang dahulunya diletakkan dibawah GLC supaya kerajaan boleh mengawal segala kenaikan dan subsidi. Malah ianya akan menguntungkan rakyat dalam bentuk pulangan dividen setiap tahun.
Tapi sekarang pihak swasta mula menunjukkan minat, berkemungkinan HSR akan dilaksanakan semula.
Harus diingat, apabila pihak swasta mengambilalih projek ini, kerajaan tidak dapat masuk campur dalam apa juga urusan operasi syarikat tersebut.
Dan rakyat tidak akan mendapat apa² keuntungan dari deal ini kerana tidak ada pihak kerajaan dalam projek.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook wajar mempertimbangkan penglibatan semula GLC dalam projek HSR bersama pihak swasta bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Dengan adanya kerajaan dalam projek ini mungkin dapat mengawal harga tiket dari dicaj terlalu mahal.
Penglibatan kerajaan juga akan dapat memastikan pengusaha² bumiputera tempatan (setiap negeri) mendapat peluang berniaga disepanjang jajaran HSR.
On the other note, dulu dah elok² HSR ni bawah kerajaan, dijatuhkan kerajaan tu. Kemudian kena bayar pampasan pulak pada Singapura. Dah elok dah dasar TN50 tapi yelah nak kata apa, ramai yang suka dengan manifesto PTPN Percuma (yilek).
Mungkin juga sebabkan marahkan projek tak dapat pada kroni, dibusukkan projek ini. Sehingga sanggup bayar pada Singapura beratus juta.
Ntah², 'pihak swasta' tu sebenarnya kroni yang dulu marah sangat tu.
Agak saja lah. Apa-apa boleh terjadi.
No comments:
Post a Comment