AdSense

Wednesday, May 3, 2023

DAP tak boleh kompromi isu pengampunan Najib kata bekas MP DAP. Tapi...


Bekas Ahli Parlimen dari parti DAP, Ong Kian Ming kata, DAP tak akan boleh kompromi isu pengampunan Najib.


Dalam masa sama, dia cakap DAP mungkin OK bab pelantikan ahli politik bagi mengetuai agensi kerajaan. Padahal ia isu yang ditentang PH ketika mereka menjadi pembangkang.


Ramai lantikan politik era pemerintah PH 2.0 yang diketuai PM DS Anwar Ibrahim. Antaranya, pemimpin DAP, Charles Santiago yang dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Tahniah.


Cakap pasal 'integriti' DAP ni, teringat kes rasuah banglo yang digugurkan hanya beberapa bulan PH 1.0 menang PRU14 pada tahun 2018. Begitu juga kes rasuah terowong dasar laut Penang bernilai RM6.3 bilion. 


Apa cerita?


Andai DAP dan PH tidak setuju pengampunan Najib, adakah UMNO di bawah ketuanya DS Zahid Hamidi akan tunduk dan berdiam diri?


Apa jaminan UMNO-Zahid bahawa Najib akan terus dibela dan keadilannya dituntut?


Tanya je jangan melantun...

No comments:

Post a Comment