Friday, April 8, 2022

Hapus tol : Janji yang menghantui PH-DAP


Kerajaan telah mengumumkan bahawa akan meneruskan dasar kawalan kadar tol di empat lebuh raya - Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP) - dan tidak akan menaikkan kadar tol sehinggalah tempoh konsesi keempat-empat lebuh raya tersebut berakhir.

Kerajaan mengekalkan kadar tol tersebut sebagai tindakan yang seimbang dan bertepatan bagi mengurangkan beban rakyat, demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat, lebih-lebih lagi kita baru beralih dari fasa pandemik kepada endemik.

Dalam kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), mereka mendakwa pengurangan kadar tol itu adalah kesinambungan usaha PH yang dibuat sewaktu pemerintahannya. Malah, tambah PH, mereka sudah pun merancang untuk memberi diskaun 30 peratus dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuh raya terbabit.

Seperti yang dijangka, PH akan menggunakan isu ini untuk ambil kredit, seolah-olah merekalah yang terbaik. Realitinya, PH telah gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat untuk menghapuskan tol.

Misalnya janji menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara Selatan. Tetapi malangnya, apabila PH berkuasa, konsesi tol yang sepatutnya berakhir pada 2038 dilanjutkan sehingga tahun 2058 dan rakyat terpaksa meneruskan pembayaran tol. Kalau konsesi sudah tamat tahun 2038, buat apa hendak bayar tol lagi 20 tahun sehingga 2058?

Dalam hal ini, kerajaan tidak bertindak secara emosi seperti PH yang membatalkan semua dasar Barisan Nasional (BN) walaupun ia baik untuk rakyat. Sewaktu pemerintahan PH, banyak sekali inisiatif BN yang dikorbankan hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik. PH dilihat bersungguh-sungguh 'membalas dendam' terhadap BN.

Sehinggakan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang pernah dilabel sebagai 'dedak', turut menjadi mangsa apabila ia ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup. Begitu juga dengan projek-projek mega atau projek infrarakyat yang ditangguhkan dan dibatalkan PH sehingga kerajaan terpaksa membayar denda atau penalti.

Namun, bagi BN, apa sahaja dasar yang baik, biarpun dasar tersebut dimulakan sewaktu PH, kerajaan tetap memastikan kelangsungan dasar tersebut asalkan ia memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Lau Chin Kok

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

5 April 2022

4 comments:

  1. Jho Low dan Kaum DAP@ Lee Kwan Yew tepok tangan lihat bodoh bangang sesama Melayu berdebat dan bercakaran sesama Melayu.

    Pulau Batu Putih baru saja digadai oleh Tun pada anak Lee Kwan Yew.. masih jugak nak barantakan lagi...agak nya apa lagi mafia Kartel Kerala nak gadai lepas ini.!?

    Sekarang ini apabila Sapura Energy(SE) di rundung musibah , setelah anak Mahatir campak saham , kepentingan rakyat perlu dijaga kerana kerugian nya akan akibat kehilangan wang pelaburan rakyat.

    Itu sangat jelas dan munasabah. Kerana SE sudah berstatus GLC dan perlu di selamatkan.

    Atas penjelasan di buat DSNR, Rafizi tersepit lalu menjawap dia sendiri pun tidak setuju Tindakan kerajaan Mahathir dan PH, dan DSNR ‘smash’ Rafizi dengan sindiran “kalau tidak setuju kenapa tak bantah Ketika itu , dan hanya luahkan pada hari ini ketika hendak debat sahaja?

    Ada kah Rafizi takut kepada Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri yang sentiasa pergunakn ‘badut” nya Zeti Aziz atau pun Jaleel Rashid?

    Nampak nya kemelut debat Rafizi Anwar Tin VS Najib melondehkan lagi Melayu sama terus Melayu bercakaran. Jho Low dan kaum DAP bersama Tuan DAP Parti Lee Kwan Yew di Singapura tepok tangan saksikan betapa bodoh bangang nya pimpin Melayu bercakaran sesama sendiri angkara seekor kaum Cina bernama Jho Low.. Jho Low sampai sekarang lesap.

    Jho Low lebih hebat dari Sadam Hussin, Osama Ben Laden, Al Chapo, Ochoa Bersaudara dan Pablo Eskobar semua ditangkap ada dibunuh.

    Kes AMLA Zety depan bijik mata pun semua agensi penguasa kartel mafia negara ini buat bodoh ajer dan tak mampu buat apa apa..!!

    Pada isu isu ini, akhirnya PH takut untuk melaksana kan RCI Tabung Haji kerana takut hal sebenar terdedah.

    Malah rakyat menyaksikan sendiri bagaimana aset Tabung Haji bernilai RM19 bilion di heret ke SPV MoF Lim Guan Eng.

    Lojik akal bertanya jika Tabung haji tidak ada duit mana mungkin ujud aset sejumah RM19 bilion?

    Kenapa menjawap tidak setuju pada hari ini dan berdiam diri Ketika kejadian menyeret wang rakyat dari PNB kepada syarikat kroni Mahathir, Rafizi berdiam diri?

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Rafizi Hanya Kuda Kayu Budak Suruhan Tun Mahathir Untuk Tutup Penjualan SAPURA Pada Kroni.

    Sekiranya Rafizi menang pemilihan PKR dia akan melakukan seperti Assmin. Rafizi akan huru harakan PKR seperti team Mat Blur lakukan dulu dengan mengikut skrip tuan baru nya iaitu Tun Mahathir.

    Ketika PH memerintah, SAPURA pernah meminta supaya kerajaan ‘bail out’ atau beri pinjaman kepada SAPURA sebanyak RM4 bilion.

    SAPURA yakin dapat bayar balik pinjaman kerana ketika itu SAPURA sudah mendapat projek usahasama di Sarawak.

    Melalui projek tersebut, SAPURA dijangka akan mendapat pulangan sekitar RM5 ke RM6 bilion.

    Kerajaan mesti tegas dengan keputusan membantu SAPURA kerana KWSP dan PNB mempunyai kepentingan di dalam SAPURA.

    Jangan biarkan SAPURA terpaksa menjual syarikat dan projek yang ada dengan harga yang cukup rendah.

    Rafizi memang jadi budak suruhan dalam usaha jual SAPURA pada kroni.

    Rafizi kononnya menentang cadangan supaya kerajaan ‘bail out’ SAPURA.

    Alasan klishe Rafizi ialah tidak sepatutnya digunakan duit rakyat untuk selamatkan SAPURA dan akan menguntungkan kroni.

    Lalu Rafizi berikan formula untuk ‘selamatkan’ SAPURA tanpa gunakan duit rakyat.

    Kerana inilah yang dinantikan oleh kroni-kroni pihak tertentu, membeli dengan harga yang cukup rendah dan selepas itu mengaut untung yang tinggi.

    SAPURA tidak dapat melaksanakan projek yang telah diperolehi kerana masih berhutang kepada lebih 4,000 vendor SAPURA.

    1,900 dari 4,000 vendor tersebut adalah syarikat Bumiputera.

    Melihat kepada prospek keupayaan membayar balik hutang, sepatutnya PH memberikan pinjaman secara tuntas yang diperlukan SAPURA.

    Ianya membolehkan SAPURA memulihkan semula operasi syarikat serta vendor yang bernaung di bawah SAPURA.

    Persoalannya, mengapakah PH hanya memberikan separuh dari pinjaman yang diperlukan SAPURA.

    Formula Rafizi sama seperti formula PH ketika mereka ‘menyelamatkan Tabung Haji’.
    Kononnya jual aset TH yang ada untuk bayar hutang!!!

    Mereka telah lakukan dengan aset Tabung Haji dan aset Felda ketika mereka berkuasa.

    Jangan biarkan kartel mafia ini lakukannya kepada SAPURA!!!

    KHALAS

    ReplyDelete
  3. Bulan Puasa penduduk Kg Baru diminta berambos dari rumah kediaman..!!

    Kami buntu manakala Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun, yang mewakili kawasan ini tidak membantu penduduk.

    40 keluarga yang mendiami Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, tekad mahu mendirikan khemah di pekarangan Pejabat Perbadanan Kampong Bharu (PKB).

    Kami tiada rumah lain untuk didiami dan flat ini dibeli oleh orang tua kami satu ketika dahulu. Bukannya kami tinggal di rumah setinggan, wajarkah kami dilayan seperti ini?”

    Setiap kali soalan berkaitan diajukan Menteri Wilayah hanya kata akan diajukan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tiada penyelesaian hingga kini, Saya pun belum dapat maklumat tepat mengenai perkara ini kerana urusan pengambilan tanah ini dibuat oleh PTG, bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).,” katanya.

    Ikut lah cara Najib Tun Razak@ Bossku selesaikan projek Kerinci Residensi... jangan malu Menteri Wilayah.. Harap Rina Harun sah ke laut dalam..

    Menteri Wilayah dinasihat kena guna cara Bossku selesai masalah Kg Sungai Baru di Kampung Baru seperti idea Bossku dalam Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

    Pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Jangan jadi mcm Kalit Samat dan Nurul Izzah dalam isu Kerinci Residensi.

    https://youtu.be/VEvmx7EW950

    pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

    Mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

    Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

    https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/residensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16416084484379&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2Fresidensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab%2F

    Padan muko kelian yang termakan hasutan Nurul Izah semasa jadI MP Pantai Dalam dolu.

    Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut yg terhasut ditinggal terkontang kanting.

    KHALAS

    ReplyDelete
  4. Ketika rakyat diminta ikat perut dan rakyat miskin jangan iri hati pada orang kaya semasa Tun jadi PM kali ke 2 dalam Kerajaan PH, Lim Guan Eng terima jam bernilai RM100,000.000.

    Hahhh tepokkkk..!!

    Lim Guan Eng kini dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta bahagian 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan.

    Saksi utama dalam perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan jam tangan mewah buatan Switzerland kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sempena hari lahirnya untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar.

    Tokong dapat jam tangan bernilai RM100,000.00.

    Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, beliau bertemu Lim di bangunan Komtar pada Disember 2015 untuk memberi jam tangan jenama Maurice Lacroix serta wang tunai RM100,000 dalam sampul surat.

    “Lim memberikan kembali sampul putih itu kepada saya. Hanya jam tangan jenama Maurice Lacroix.

    hahhh tepokkk lagi..!!

    ReplyDelete