Wednesday, March 2, 2022

BONGKAR!!! Ini cara DAP bina sokongan orang Cina!!!

 


Sebelum kita cakap pasal DAP, kita mulakan dengan PH dulu, gabungan di mana DAP ada di dalamnya...

Bagaimana PH membina sokongan?

Mengenali Anwar Ibrahim, beliau adalah seorang pemimpin yang WARAK, NASIONALIS DAN PEJUANG MELAYU YANG TIADA GANTI.

Sebab itu ramai orang UMNO dan PAS jadi penyokong Anwar.

Namun, semakin hari tone Anwar yang warak, nasionalis dan pejuang Melayu terhakis sedikit demi sedikit. Maaf, bukan terhakis tapi dihakis dengan segaja. Sebab Anwar sedar, bukan mudah untuk kekalkan 'prinsip' sedemikian, melainkan mahu bergerak solo seperti parti PUTRA hari ini (diketuai Ibrahim Ali) dan mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu. 

Berapa banyak kerusi majoriti Melayu di Malaysia? Dapatkah jadi ketua kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum termasuk Sabah dan Sarawak?

Anwar seorang yang bercita-cita tinggi. Apabila menyedari memiliki pengikut yang ramai, maka beliau mula bergabung dengan DAP. Sebagai pemimpin di Malaysia yang berbilang kaum, Anwar tidak lagi boleh terlalu menonjol sebagai pejuang Melayu semata-mata. Sebab itu antara kata-kata popular Anwar dalam mana-mana siri ceramahnya berbunyi,

"Anak Melayu anak saya, anak Cina, anak saya. Anak India, anak saya, anak Iban, Dayak, Dusun dan semua etnik di Malaysia ini, juga anak saya."

Inilah yang membina sokongan semua kaum khususnya orang Cina kepada Anwar Ibrahim dan PKR. Kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

'Tsunami Cina' sudah bermula lama, tahun 2008 lagi. Bukan benda baru. Namun ia tidak diendahkan oleh pemerintah yang berkuasa. Berbeza dengan era Mahathir PM4, dimana BN memiliki sokongan solid. Iyalah, ia hasil tempias daripada kekuatan parti Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman. Semua kaum sokong Perikatan, lebih-lebih lagi inilah satu-satunya parti yang serius menuntut kemerdekaan negara tanpa mengangkat senjata.

Selepas Mahathir PM4, sokongan kepada BN mula merosot. Beberapa negeri tumbang kepada pembangkang, dan sang pemerintah masih lagi guna 'prinsip' lama Anwar - iaitu menonjol sebagai pejuang kepada kaum tertentu. Sebab itu penulis menganggap Anwar sebagai pemimpin yang memandang ke hadapan.

Manakala segelintir pemimpin yang lain berjalan mengundur ke belakang. Fikir ini TANAH KITA SECARA MUTLAK, tanpa menghafal isikandungan Perlembagaan Persekutuan, tidak menyelak sejarah penubuhan parti Perikatan dan tidak faham perkataan 'majmuk'.

Berbeza dengan pemimpin DAP yang kekal dengan politik ekstrem. Mereka sedar susah nak dapatkan undi Melayu, jadi mereka memperkasakan sokongan Cina. Melalui politik ekstrem, rasis dan fitnah, DAP berjaya meraih sokongan solid orang Cina sehingga mencapai kemuncak pada PRU-14 tahun 2018.

Namun pengalaman diperintah PH-DAP selama 22 bulan menyedarkan ramai pihak khususnya pengundi Cina yang dikatakan 95% menyokong DAP.

Janji tinggal janji, malah ekonomi bertambah teruk dan institusi pendidikan seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dipolitikkan.

Timbul persoalan, adakah orang Cina akan terus sokong DAP?

Melihat kepada trend dalam beberapa PRK, selain sokongan melalui kertas undi, kita juga dapat melihat dengan jelas menerusi rakaman video di mana orang Cina berani menghukum pemimpin DAP secara terus. Lim Kit Siang pernah kena 'halau' dan terbaru, calon DAP yang ditemani Lim Guan Eng turut disekolahkan oleh orang Cina baru-baru ini di Johor.

Mungkin sokongan Cina kepada DAP dari 95% boleh turun, mungkin sedikit, mungkin 1% atau 10%, mungkin 80%, dalam politik tiada apa yang mustahil. Barisan Nasional (BN) yang berkuasa selama 6 dekad pun boleh tumbang.

Mari kita sentuh mengenai BN pulak...

Dalam BN ada parti-parti yang berasaskan kaum. UMNO mewakili orang Melayu, MCA (Cina) dan MIC (India). Namun disebabkan mereka bergabung bawah satu panji iaitu BN, maka semua parti komponen sebenarnya bukanlah wakil kepada mana-mana kaum. Sebaliknya, wakil kepada SEMUA KAUM di Malaysia.

Sebagai satu pasukan, sudah tentulah BN akan saling bersatu-padu dan TIDAK MENYERANG SESAMA SENDIRI.

Bayangkan kalau pemimpin UMNO menghina orang Cina. Sudah tentu ia memberi kesan kepada MCA.

Bayangkan kalau pemimpin MCA menghina orang India. Sudah tentu ia memberi kesan kepada MIC.

Bayangkan kalau pemimpin MIC menghina orang Melayu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada UMNO.

Sifirnya mudah, walaupun setiap parti komponen mewakili kaum berbeza, tetapi memandangkan mereka memakai uniform sama iaitu BN, maka secara tidak langsung mereka adalah mewakili semua kaum.

Inilah konsep yang digunakan oleh pembangkang - Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

Ya semua kaum ada dalam PKR dan DAP. Tetapi siapa yang mendominasi?

PKR ramai Melayu dan India. DAP ramai Cina. Jadi pandangan umum, masyarakat Melayu akan sokong PKR kerana figuranya Anwar Ibrahim. Masyarakat Cina pula akan sokong DAP kerana imej Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang cukup ekstrem politiknya. Kini DAP memperkenalkan Parti Amanah iaitu serpihan parti PAS untuk menarik sokongan Melayu. 

Bayangkan Anwar Ibrahim gelar orang Cina sebagai pendatang. Apa reaksi pemimpin dan penyokong DAP? Apa pula reaksi masyarakat Cina? Adakah mereka akan suka Anwar Ibrahim dan PKR yang mengetuai PH?

Sejak dahulu DAP cukup agresif, garang, vokal dalam meraih sokongan orang Cina. Musuh utama DAP adalah MCA. Jadi MCA dilabel sebagai lemah dan pak turut kepada UMNO. Bagaimana MCA mahu melabel DAP sebagai lemah dan pak turut PKR kalau Anwar Ibrahim tak pernah label orang Cina sebagai pendatang?

Dan apa pula label kepada orang Cina selepas ini? Khususnya menjelang Hari Mengundi PRN Johor pada 12 Mac? Menjelang PRU15 yang bakal berlangsung sedikit masa lagi?

Pokok pangkal, politik ekstrem berasaskan kaum tidak memberi manfaat kepada mana-mana parti di Malaysia. Orang UMNO nak cakap pasal orang Cina dan India, kena sedar bahawa UMNO masih bersama mereka dalam BN.

Begitu juga dengan PKR atau Parti Amanah.

Semua perlu sedar bahawa setiap parti dalam komponen atau gabungan memerlukan sokongan semua kaum, bukannya hanya bersandarkan kaum mereka sahaja. 

Selain Melayu, UMNO perlukan undi Cina dan India. Selain Cina, MCA perlukan undi Melayu dan India. Selain India, MIC perlukan undi Melayu dan Cina.

Begitu juga DAP, PKR, Parti Amanah dalam PH.


SUARA LENSA

2 MAC 2022 

1 comment:

  1. When bloger Barua Tun 'talk cock' loudly.. it fullest of shame on you Jessy Gaygay..!!

    Approximately RM10 million worth of Datuk Rohana Rozhan’s assets have been frozen following investigations into the former Astro Malaysia Holdings Bhd CEO over her alleged connection to the 1MDB global financial scandal, said Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Azam Baki. 'Ngopi pes' from barua Tun Blog Jessy Gaygay

    https://www.thethirdforce.net/leissner-roger-ng-sought-advice-from-feng-shui-master-on-1mdb-probe-court-hears/

    On February 24, Rohana was reported to have spent about nine hours at the MACC headquarters to give her statement to the Commission to assist in the investigation under Section 4(1) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

    It' already 2 countries have mentioned the name of Zety and her bandit family. When does the MACC want to freeze the account and confiscate Zety's property with the family of the bandits ..!?

    What laws did the IGP MACC and the LHDN use for the family of Zety's bandits and what laws did the Pulis MACC use for my Bossku and Astro CEO ..!?

    Kah kah kah.. talk cock louder tail fullest with shit... kah kah kah

    KHALAS

    ReplyDelete