AdSense

Friday, December 3, 2021

Apa itu MERDEKA 118, EXCHANGE 106, LEBUHRAYA CSR & PAN BORNEO? Baca ni…


MERDEKA 118, EXCHANGE 106, LEBUHRAYA CSR & PAN BORNEO 

Oleh Syed Agil Jamalullail

Apa signifikan dan tujuan sebenar projek-projek ini dikala negara baru mahu pulih drpd kelembapan ekonomi? 

Ramai yg hentam Paklong Ismail Sabri Yaakob konon projek membazir. Tapi apa cerita disebaliknya?

Projek MERDEKA 118 ni tujuannya bukan utk bermegah-megah sebaliknya utk unlock nilai hartanah 40 ekar tanah yg dibeli pada tahun 2000 oleh projek owner PNB masa tu diumumkan oleh chairman Tun Ahmad Sarji. 

Masa tu ialah masa yg sesuai utk PNB unlock nilai landbank mereka dan menjana pendapatan daripada pelaburan mereka sejak tahun 2000 itu. 

Projek itu akan menjana 10,000 kerja termasuk kerja perpendapatan tinggi dgn kesan primary dan secondary multiplier effect sekitar RM11 billion. 

Sama seperti Menara EXCHANGE 106 di TRX. 

Tujuan dia utk TRX unlock nilai hartanah tersebut yg dh ada penghuni seperti kedai, bangunan, pangsapuri, pasar imbi dan lain-lain. Progressnya sgtlah lambat dan sukar.

Di bawah TRX juga akan dibina terowong-terowong yg menghubungkan jalan-jalan utama KL, stesen MRT yg juga akan menghubungkan TRX dgn bandar-bandar utama yg lain. Ini akan menaikkan lagi kos projek.

Unit2 di Tower A dan B juga mendapat sambutan baik drpd pembeli. Antara pembeli ialah HSBC, Prudential, CCCC, Affin Bank dan lain-lain client gergasi yg juga akan mewujudkan 500,000 peluang kerja baru dlm fasa pertama.

Guan Eng, Menteri kewangan krjaan PH sendiri akui projek tu berharga dan menguntungkan. 

Bagi projek Lubuhraya CSR & PAN BORNEO pula, sebelum ni tak ada lebuhraya yg menghubungkan KL dgn Kota Bharu. Sama juga di Borneo, tak ada lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak. 

Berpuluh tahun masa Mahathir tak dibina, masa paklah  terlalu singkat tapi ketika zaman Bossku DS Najib Razak  dibina Lebuhraya CENTRAL SPINE ROAD (CSR) yg bakal menghubungkan KL terus ke Kelantan dan Lebuhraya PAN BORNEO  utk menghubungkan pedalaman Sabah dan Sarawak. 

Paling penting ialah tak ada tol dan tak ada konsesi kroni yg mengaut keuntungan. Impak dan manfaat terus dpt dirasai oleh rakyat!

Itu caralah krjaan BN membuat pembangunan melalui keuntungan hartanah, mewujudkan peluang kerja berpendapatan tinggi, sederhana, dan rendah yg memerlukan kerjasama pelbagai agensi dan perancangan strategik jangka panjang. 

Bukan asyik jual aset, jual saham mcm zaman Pakatan Harapan 

Jadikanlah PRU14 sebagai pengajaran dan kaji betul-betul siapa yang benar-benar merancang utk atasi masalah rakyat. 

Utk atasi masalah kos sara hidup yg tinggi maka Barisan Nasional  buatkan program BR1M utk jangka pendek dan laksana beberapa  projek mega utk jana peluang pekerjaan utk rakyat, utk jangka panjang.

Tapi PH simply cakap BR1M rasuah dan projek mega membazir. Apa perancangan PH utk atasi masalah kos hidup yg tinggi?

TAK ADA!

Sumber:
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment