AdSense

Thursday, October 21, 2021

Pandora Papers : Propaganda DAP cuba sembunyi fakta yang mengejutkan!


 

Saya dedahkan cara DAP memperbodohkan dan menipu Rakyat Malaysia dengan isu Pandora papers ini.


Guan Eng kata Pandora papers dedahkan kerugian sebanyak RM138.66 BILLION bagi negara.


Okay. Dari mana datangnya angka RM138.66 bilion ini? 


Ini cara dia.


Dalam posting Guan Eng, dia kata angka ini adalah aliran keluar wang haram (illicit financial flow) dari Malaysia sebanyak US$33.7 billion (RM138.66 billion) dalam tempoh tahun 2006 ke 2015 seperti didedahkan laporan Global Financial Integrity (GFI).


"According to the latest 10-year report by GFI titled Illicit Financial Flows to and from 148 Developing Countries: 2006-2015, Malaysia lost between US$22.9 billion (RM94.22 billion) and US$33.7 billion (RM138.66 billion) in illicit outflows from 2006 until 2015."


"Press statement by DAP Secretary-General and MP For Bagan, Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 13 October 2021:"

https://www.therocket.com.my/en/pandora-papers-bank-negara-must-investigate-the-illicit-rm138-66-billion-outflow-from-malaysia/


(Kenapa dia sebut hingga tahun 2015 sahaja? Sebab angka ini dijangka jatuh sebab GST dilaksanakan dan kadar cukai korporat negara diturunkan pada tahun itu yang akan banyak mengurangkan aliran keluar wang haram)


Jadi, DAP berniat untuk memperbodohkan Rakyat dengan kaitkan isu Pandora Papers dengan laporan GFI sedangkan Pandora papers hanya sekadar menyenaraikan siapa yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat off-shore.


Pandora papers langsung tak sebut laporan GFI tetapi hanya PH/DAP asyik kaitkan.


Lebih malang lagi ialah isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak tahun 2011 sehingga PRU14 kononnya ratusan bilion ringgit dilarikan oleh ahli politik ke luar negara.


Tapi laporan GFI jelas kata bahawa aliran keluar wang haram ini adalah akibat akitiviti Trade mispricing atau Trade misinvoicing - iaitu kaedah pengimport/pengeksport serta syarikat MNC memanipulasi nilai import/eksport untuk membawa keluar wang secara haram untuk mengelak cukai negara.


Ini jelas disebut oleh GFI sendiri kenapa aliran keluar wang haram berlaku.


"Trade misinvoicing is a method for moving money illicitly across borders which involves the deliberate falsification of the value, volume, and/or type of commodity in an international commercial transaction of goods or services by at least one party to the transaction. Trade misinvoicing is the largest component of illicit financial outflows measured by Global Financial Integrity."

https://gfintegrity.org/issue/trade-misinvoicing/


Ok. Secara kesimpulan:

- Pandora papers tiada kaitan dengan laporan GFI 

- PH-DAP yang kaitkan Pandora papers dengan laporan GFI

- laporan GFI lebih kepada menyebut aliran keluar wang haram dengan aktiviti trade mispricing oleh syarikat-syarikat pengimport/pengeksport dan MNC untuk elak cukai.


Tapi kenapa pula PH-DAP tak mahu fokus kepada masalah Trade Mispricing ini?


Dan kenapa pula PH mansuhkan GST yang mampu mengawal aktiviti trade mispricing ini serta mengurangkan kadar cukai korporat negara untuk mengurangkan aktiviti tersebut?


Paling kelakar ialah walaupun PH-DAP telah mainkan isu laporan GFI serta aliran keluar wang haram (akibat trade mispricing) sejak tahun 2011 yang bernilai lebih seratus bilion Ringgit, SATU PATAH HARAM berkenaan laporan GFI ini atau berkenaan aliran keluar wang haram tak pernah disebut oleh Guan Eng atau kerajaan PH sepanjang tempoh 22 bulan mereka.


Kenapa, ya?


Seolah-olah mereka okay je dengan aliran keluar wang haram akibat trade mispricing.


Cuba tanya Guan Eng dan DAP: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/424377455719783


Artikel oleh DSN:

https://www.facebook.com/100044428416531/posts/424979958992948/?d=n


1 comment:

  1. so bincang la di parlimen, minta MP bincang. kalau betul salah kita hukum. jangan dok bangkit kat sini.

    ReplyDelete