Saturday, August 28, 2021

Pembangkang terutama DAP paling gerun Kabinet baru bawah PM Ismail Sabri. Ini sebabnya…

 
SL ambil sedikit masa untuk tulis artikel ni sebab SL perlu teliti setiap nama yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, seperti yang diumumkan PM Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob setelah diperkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Antara yang terawal memberi komen ialah bos DAP, Lim Guan Eng.


Kata beliau, Kabinet Ismail Sabri dilihat sebagai Kabinet kitar semula. Sebab kebanyakan nama pernah memegang jawatan ketika era Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku PM.


https://www.facebook.com/127235530639890/posts/4871788396184556/?d=n


Kenapa Guan Eng yang terpalit dengan skandal terowong RM6.7bilion ini tiba-tiba dilihat tidak bersetuju dan bermain politik sedangkan baru beberapa hari lepas, beliau bersama kepala-kepala dalam PH kata mahu bersama Ismail Sabri memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi?


Sebenarnya Kabinet baru ni bukan kitar semula. Tapi rombakan menyeluruh yang memberi manfaat kepada rakyat. 


Perhatikan, kebanyakan portfolio penting dipegang oleh Barisan Nasional. Ini memberikan lebih kuasa kepada pemimpin BN yang memiliki track record terbaik untuk membuat dasar, membuat keputusan dan seumpamanya.


Perhatikan apa yang berlaku semasa pemerintahan PH. Tun Dr Mahathir PM ketika itu tiada pilihan kerana kerusi PPBM sedikit berbanding PKR dan DAP. Maka itu Mahathir terpaksa tunduk kepada tuntutan DAP. DAP ketika itu memegang portfolio yang amat penting dalam Kerajaan. 6 Menteri penuh dan 6 Timbalan Menteri. Portfolio yang sangat penting dalam strategi 'peperangan politik'. Antaranya Kewangan, Komunikasi, Pengangkutan dan Industri Utama.


Kini ia di bawah pemimpin BN. Ia menggerun dan meresahkan DAP, sebab itu mereka cuba mengalihkan isu pembentukan Kabinet ini sebagai 'kitar semula'.


Ya ramai tak puas hati bilamana Azmin Ali masih kekal sebagai Menteri di MITI. Ramai masih fobia apabila jangkitan kes sebelum ini dikatakan berpunca dari kilang-kilang yang beroperasi. Malah Ismail Sabri semasa menjadi Menteri Kanan Kluster Keselamatan pernah 'berang' hingga membuat posting di FB 'saya sudah tutup pintu depan'.


Pada ketika itu BN tiada kuasa yang banyak. Bagaimana Ismail Sabri mahu 'mencubit' Azmin yang juga 'anak emas' Muhyiddin, PM ketika itu? 


Memandang ke hadapan. Andai ada pihak yang masih dilihat sebagai mengutamakan 'kartel', apakah Ismail Sabri akan duduk diam? Masa beliau tiada kuasa pun dia berani kasi hint 'saya sudah tutup pintu depan'. Nak cubit tak boleh. Tapi sekarang, bukan setakat cubit, pulas telinga dan rotan punggung pun boleh.


Ada juga segelintir pihak yang cuba bermain dengan kad perkauman apabila mempertikai jawatan yang diberikan kepada komponen BN. Sedangkan mereka sebelum ini memang sudah ada dalam Kabinet Muhyiddin. Sebahagian besar mereka juga masih memegang status Senator yang diperkenankan. Dalam masa sama ia membuktikan Kabinet Ismail seimbang dimana ia turut disertai pemimpin bukan Melayu, juga selari dengan realiti bahawa Malaysia sebuah negara majmuk. Takkan Ismail Sabri mahu lantik Guan Eng dan Kit Siang pula untuk menyertai Kabinet?


Dalam masa sama, SL ada juga tak bersetuju dengan pembentukan Kabinet ini apabila Wan Ahmad Fayhsal masih dilantik sebagai Timbalan Menteri. Tapi memandangkan beliau masih Senator dan tidak berada dalam kementerian utama, sejuklah sikit hati ni. Terdetik juga daripada 'Mat Jargon' ini lebih baik Dr. Asyraf. Tapi Dr. Asyraf sudah habis penggal untuk menjadi Senator. 


Kesimpulannya, Kabinet baru ini berorientasikan hasil. Semua yang dilantik perlu hantar report card 100 hari pertama. Jadi berilah ruang dan peluang kepada mereka. Selebihnya, PM kita tahu apa nak buat. 


Selamat bertugas kepada semua dan jangan main-main dengan PakLong Mail.

No comments:

Post a Comment