Saturday, August 22, 2020

Najib tolong rakyat marhaen. Mahathir tolong orang kaya.

Saya dipuji PM7 hari ini sebagai pemimpin yang berbakat dan berkebolehan pulak!

(Maaf, saya tak kenduri dulu. Kena tunggu sekejap kerana biasanya dia akan sambung marah saya tak lama nanti)

"Bekas Perdana Menteri itu juga menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang berbakat dan berkebolehan."

https://www.sinarharian.com.my/article/97638/BERITA/Politik/Muhyiddin-Anwar-atau-Najib-tak-boleh-kukuhkan-kedaulatan-negara

"Namun, cara dia mendapatkan populariti dalam kalangan rakyat dengan memberikan wang percuma adalah 'idea yang tidak sesuai' bagi seorang pemimpin," katanya

Lepas puji, dia kata cara "Cash is King" saya itu tak sesuai pulak walaupun saya dah banyak kali jelaskan bahawa ini adalah kaedah ekonomi untuk mengurangkan jurang pendapatan serta jurang kekayaan dengan mengagihkan wang GST yang kita kutip dari orang kaya yang lebih berbelanja kepada golongan B40.

Sebab itu, jumlah BR1M meningkat tiap-tiap tahun apabila kutipan GST naik akibat saiz ekonomi yang berkembang kerana pertumbuhan KDNK negara tiap-tiap tahun adalah baik masa saya PM.

Sebab itu, jurang pendapatan yang diukur oleh nisbah GINI negara turun tiap-tiap tahun sehingga dinaikkan semula oleh dasar "kroni is king" PH.

"When it comes to gross income, the income inequality in Malaysia went up, with the Gini coefficient value increasing from 0.399 in 2016 to 0.407 in 2019. (This is the first time since 2004 that the household income gap has been recorded as widening in Malaysia, based on the periodically available figures that previously showed income inequality to be on a generally declining trend.)
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/10/income-inequality-in-malaysia-widened-even-while-median-household-income-ro/1883232

Paling pelik ialah selepas PH menang dan BR1M dijenamakan semula menjadi BaSaH, PM7 pula kata BR1M tidak boleh dianggap sebagai rasuah tetapi telah menjadi "pemangkin untuk menyelesaikan masalah sosial."

Sumber :

No comments:

Post a Comment