Saturday, May 9, 2020

Selamat Ulang Tahun ke 2 PRU14. Sejarah gembira berakhir dengan malapetaka


Hari ini 9 Mei pada tahun 2018, sejarah tercipta di bumi Malaysia apabila parti pembangkang Pakatan Harapan yang diketuai DAP, PKR, PPBM dan Warisan berjaya menumbangkan Barisan Nasional menerusi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Sedia maklum, BN merupakan kerajaan Malaysia sejak 60 tahun lalu. Biarpun kalah, tetapi BN kekal tenang. Pemimpin-pemimpin BN berjaya mengawal emosi penyokong mereka daripada membuat perkara yang tidak diingini. Jauh berbeza dengan perangai penyokong PH. Bila kalah pilihan raya, penyokong dan pemimpin PH biasanya akan terus turun ke jalan raya melakukan protes. SPR pasti dituduh dengan bermacam-macam gelaran. Semasa tewas PRU13 sebelum itu, penyokong PH berkumpul dengan himpunan blackout 505. Namun, kejadian seperti orang tak bertamadun itu tidak berlaku pada 10 Mei 2018, iaitu semasa BN disahkan tewas ditangan PH.


Berbagai teori, analisa dan kupasan mengenai kemenangan bersejarah PH ini. Ada yang kata Tun Mahathir iaitu bekas PM ke 4 sebagai kekuatan utama kepada kemenangan PH.

1MDB dan Najib Razak juga dikatakan punca PH menang.

Tapi SL berpendapat, punca sebenar PH menang PRU14 adalah disebabkan janji-janji manis manifesto yang dihidangkan berjaya memperdaya para pengundi.

Gila kau, depa janji turunkan harga minyak, hapus hutang PTPTN dan membayangkan pendidikan percuma, hapuskan tol, 1 juta peluang pekerjaan serta banyak lagi harapan palsu ditabur dalam kempen-kempen ceramah mereka!

Malangnya, apa yang dijanji tinggal janji. Kata orang putih, habuk pun tarak!

Apa yang berlaku bila PH jadi kerajaan buat pertama kali dalam sejarah?

Rakyat terkejut apabila melihat pentadbiran PH yang jauh lebih teruk berbanding BN. Rakyat mula persoal, kalau betul PH memperjuangkan intergriti (sebelum ni mereka sering menuduh BN rasuah, kleptokrat dll), kenapa kes banglo membabitkan pemimpin mereka digugurkan? Sedangkan kes tersebut sedang dalam perbicaraan? Habis semua orang terkejut termasuk SPRM sendiri!

Rujukan berfakta :
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/469295/amp

Begitu juga dengan kes terowong bernilai berbilion ringgit di utara tanah air. Masih jadi tanda tanya.

Rakyat juga mula pelik, sebelum menang PH kata BN buat hutang negara cecah RM1 trilion. Tapi terbukti ia tuduhan tidak berasas.

Rujukan berfakta :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2189991081109293&id=100002952674108?sfnsn=mo

Bukan saja mengurangkan hutang negara, sebaliknya PH berjaya menambahnya dari RM686.8 bilion zaman BN sehingga mencecah RM800 bilion! Manakala pasaran saham Malaysia jatuh dari hampir 1,900 mata ke 1,500+ mata sejak PRU14.

Rujukan berfakta :
http://suaralensa.blogspot.com/2020/02/terkini-hutang-negara-setakat-31-jan.html?m=1

Lebih teruk, dalam masa 400 hari, PH telah menjual lebih RM20 bilion aset negara!

Rujukan berfakta :
https://www.google.com/amp/s/umno-online.my/2019/07/02/eksklusif-400-hari-ph-jual-lebih-rm20-bilion-aset-negara/amp/

Paling menyentuh hati rakyat ialah apabila banyak bantuan-bantuan yang sebelum ini ada pada zaman BN, kini tiada lagi. Kalau ada pun, nilainya sedikit berbanding zaman BN. Lihat saja BR1M, dulu mereka kata dedak. Tetapi mereka teruskan inisiatif BN ini dengan menukar nama dari BR1M kepada BSH. Nilai BR1M yang diberi kepada rakyat lebih banyak berbanding BSH.

Harga komoditi jatuh menjunam dengan sangat tragis. Para pekebun kecil cukup sedih dan menderita. Menteri DAP dilihat gagal membela nasib mereka. Pembeli sawit terbesar kita seperti China dan India dilihat tidak lagi berminat untuk membeli dari Malaysia.

Rujukan berfakta :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1419400378227462&id=1002345083266329

Inilah sebahagian apa yang berlaku kepada negara kita sejak PH menguasai Putrajaya. Bukan saja gagal mentadbir negara, tetapi PH yang mempunyai 4 puak ini juga saling bercanggah antara satu sama lain. PH juga terkenal dengan gelaran "geng tak ada WhatsApp group".

Bagai tidur sebantal mimpi lain-lain...

Politik dalaman PH berantakan ekoran perebutan kuasa. Sudah terang lagi bersuluh, kem Anwar yang disokong DAP dan kem Mahathir mula bergaduh isu jawatan PM. Bagi SL, ini perkara normal. Isu peralihan jawatan PM sepatutnya dilakukan secara teratur dan tertib. Andai sudah dijanji peralihan kuasa berlaku selepas 2 tahun, maka perlu ada tarikh muktamad. Tapi apa yang diinginkan, tidak berlaku. Mahathir yang jadi PM sebanyak 2 kali dilihat cuba bermain tarik tali. Sekejap cakap begini, sekejap cakap begitu. Sudah tentu ia tidak disenangi penyokong Anwar yang disokong DAP.

Maka terciptalah sejarah baharu yang tidak dijangka penyokong PH sendiri. Moment indah mereka 'mengepung' Putrajaya dari malam 9 Mei 2018 hingga pagi 10 Mei 2018 meraikan hari bahagia mereka kini berakhir dengan malapetaka.

24 Feb 2020, tarikh yang patut dikenang oleh rakyat Malaysia.

Pada tarikh ini, Kerajaan PH telah tumbang apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan PPBM keluar dari PH, selain 11 anggota PKR turut keluar dari gagasan itu.

Walaupun PH tumbang sebab pemimpin PH sendiri, tetapi mereka cuba menuding jari kepada BN dan PAS pula. Kononnya BN dan PAS cuba menjadi kerajaan menerusi pintu belakang. Hakikatnya, setelah PH tumbang, BN dan PAS adalah pihak terawal yang memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat menerusi pembubaran Parlimen.

Rujukan berfakta :

Namun atas kebijaksanaan YDPA, Baginda memanggil mengadap kesemua Ahli Parlimen. Dan akhirnya terbentuklah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 apabila mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bila Muhyiddin membentuk barisan Kabinet, mereka dengan pantas bekerja untuk rakyat. Lebih-lebih lagi dalam berdepan pandemik COVID-19. Isu ini ditangani dengan cukup serius. Pintu sempadan negara yang tidak ditutup semasa pentadbiran PH, kini ditutup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) segera dilaksanakan bertujuan memutuskan rantaian jangkitan wabak ini.

Apa yang dapat disimpulkan, kerajaan yang digelar Perikatan Nasional ini begitu proaktif dan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat dan negara. Bahkan, kesemua mereka sanggup untuk tidak mengambil gaji selama 2 bulan!

Sedang kerajaan hari ini hampir menang melawan pandemik COVID-19, pemimpin PH dilihat kembali memunculkan diri. 

Pembukaan Dewan Rakyat yang perlu diadakan disusuli dengan usul undi tidak percaya Ahli Parlimen Langkawi (Mahathir Mohamad) terhadap PM Muhyiddin Yassin.

Rujukan berfakta :

Justeru itu pembaca sekalian, melihat kepada track record PH memerintah Malaysia selama 22 bulan dan mainan politik PH tanpa berkesudahan walaupun negara berdepan krisis global seperti pandemik COVID-19 ketika ini, apakah Malaysia sekali lagi akan ditimpa malapetaka?

Suara Lensa
9 Mei 2020
16 Ramadan 1441H

4 comments:

  1. DR Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen kerana penyokongnya “dibayar” oleh Muhyiddin Yassin.

    Abis selama ini kau jadi PM kau ingay kau bersih orang kau tak dibayar jugak ke...palo butuh la

    ReplyDelete
  2. semoga ph dan pemimpin2 bangang mereka pergi mampos laa....hidup menyusahkan rakyat jer....

    ReplyDelete
  3. Perodi ucapan Tun semasa memperingati kemenangan PH

    Demi Boboi andai masa mencemburui kita dan masa tiada lagi bersama ako...

    Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.

    Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka apak mu akan buat perangai lagi.

    Itu je yang sebenarnya, kenapa apak mu meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.

    Perjuang Apak hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau apak mu kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa apakmu jadi pm ari tu, apak suruh rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni apak dan anakcucu apak anugerah kan projek berbillion-billion, kalau apak kata apak nak berjuang nak lawan rasuah, sebenarnya apaklah segala kepala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH apak arahkan AG Mr Tomi Tomas untuk buang kes, kemudian apakmu akan buat-buat terkejut.

    Apa apa yang berlaku jawab 'tatau'

    sekian

    Boboiku
    dari ApakMu

    ReplyDelete
  4. Betul kata Najib, kera jaan PH ialah Kerajaan Gagalkrasi.
    Naik kerana fitnah & penipuan, maka 22 bulan saja mereka berkuasa.

    ReplyDelete