Wednesday, May 20, 2020

Melayu dikata pemalas, rakyat disuruh ikat perut, tapi family dia punya kekayaan... 7 keturunan makan tak habis?!!!


Ini semua kebetulan sahaja:

ZAMAN PM-4:

---
Awal tahun 2001: 
Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya.

Akhir tahun 2001:
Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta walaupun beberapa bulan dahulu sahaja dia telah umum bersara dari dunia korporat.

Tahun 2002:
Syarikat diberi lesen Petronas semasa ayahnya masih PM. Hanya 7 buah syarikat seluruh negara yang diberi lesen tersebut. Tiada pengumuman dibuat masa itu.

"Awarded a major fabrication (Offshore Structures) license
by PETRONAS. Kencana Petroleum is one of only seven
licensees in Malaysia.
• Awarded the Group's first topside and jacket project.

Tahun 2003: 
Ayahnya letak jawatan sebagai PM dan dilantik serta-merta sebagai penasihat Petronas.

Tahun 2013:
Anak tertentu menjadi orang ke-9 terkaya dalam Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya untuk tahun itu dengan kekayaan RM4.22 bilion akibat keuntungan syarikat kencana petroleum semakin naik.

Akhir tahun 2013:
Ayahnya umum dia letak jawatan sebagai penasihat Petronas tapi sebenarnya tak pernah letak jawatan.

Tahun 2016: 
Akhirnya pelantikan ayahnya sebagai Penasihat Petronas ditamatkan
----

ZAMAN PM7:

31 Mei 2019:
Anak tertentu tiba-tiba letak semua jawatan dalam syarikat Opcom tanpa sebab diberi (tapi saham tak jual. Masih milik anak-anak).

28 Aug 2019:
Kabinet kerajaan PH tiba-tiba luluskan projek mega Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6b. 

Sebelum ini, tak pernah dengar tentang projek ini. Lain-lain projek infra rakyat tak lulus kerana kononnya negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion tapi projek NFCP diluluskan dengan begitu laju oleh kerajaan PH pulak.

Sept 2019:
Harga saham syarikat Opcom yang merupakan antara pembekal utama bila projek NFCP dilaksanakan naik setinggi 50% selepas kabinet umum projek diluluskan.

Ini semua kebetulan sahaja.

Banyak lagi cerita-cerita "kebetulan". Mahu lagi?

#Cukupcukuplahdia

Sumber FB Najib Razak

Gambar sekadar hiasan

1 comment:

  1. Bergaduh dengan semua PM, semoga Tun Mahathir mendapat hidayah

    HABIS diserang habis-habisan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Habis semua orang salah. Naratif yang sama dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri sebentar tadi – topiknya kita semua maklum.

    Kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil-wakil PKR bagaimanapun tidak muncul bersama Pengerusi BERSATU

    ReplyDelete