Wednesday, May 13, 2020

MELAYU BACUL - Menjawab penghinaan Mahathir


MELAYU BACUL

1. Membaca apa yg ditulis oleh seorang mantan santan berkenaan Melayu itu Bacul mengundang beberapa perasaan yang berbaur. Pantang Melayu dilabel bacul. Diserang dan diancam nyawa tidak Melayu itu lari memegang kad UNHCR. Berani betul dia memanggil Melayu itu Bacul.


2. Melayu dikatakan bacul apabila menyokong orang yang digelar perompak waima orang yg dituduh merompak itu belum lagi dijatuhkan hukuman. Malah jauh lagi untuk dilabelkan sebagai perompak.

3. Sekiranya kita berada dalam tahun² awal 80an dan 90an, mungkin kita akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan cerita sebegini akibat kurangnya maklumat yang sampai kepada rakyat. Internet pun belum dibangunkan dan digunakan meluas seperti sekarang. Ketika itu ada Mega TV dan dapat siaran Metrovision pun dah cukup hebat. Walhal bukan sumber ilmiah pun.

4. Berlaku terlalu banyak percanggahan penulisan mantan santan ini sendiri dengan penulisan awal beliau dahulu. Kita akui dia suka menulis. Ketika zaman awal kepimpinan beliau, hanya buku dan akhbar menjadi rujukan ilmiah. Namun setelah zaman berganti waktu, kesangsian terhadap tulisannya amatlah menebal sehingga menjadikan beliau tidak ubah seperti seorang tua yang nyanyuk lagi penuh dengan penafian.

5. Secara mudah kita dapat semak betapa ultra nya beliau dahulu dalam menyusun bait² kata penulisannya. Cuma semenjak berkawan dengan DAP ni, yang suatu ketika dahulu menjadi bahan tulisannya dan momokannya, si mantan santan tiada lagi mampu mengingati apa yang pernah beliau karangi. Faktor usia dan rakan seperjuangan ketika ini telah menyesatkan beliau.

6. Dalam tulisan Melayu Bacul, ada diselitkan kehebatan Melayu itu melancarkan Serangan Subuh sehingga menjadikan kuasa Barat itu tunduk kepada kehebatan Bangsa Malaysia. Benar, beliau tidak mengatakan bahawa beliaulah yg merencanakannya. Sekadar menamakan pemimpin Melayu. Walhal kita tahu siapa pemimpin utama ketika itu. Cuma jangan terlalu awal perasan bagus. Hasil hebat serangan tersebut adalah berkat kehebatan pasukan para pemimpin yg ada. Boleh bayangkan pemimpin DAP dalam pasukan tersebut? Serangan dari Subuh hingga Isya' pun belum tentu berjaya. Nasib lah Malaysia pernah dipimpin DAP. Maka dapatlah kita agak kesudahannya.

7. Tulisan Melayu Bacul sebenarnya mencerminkan ketidakstabilan pemikiran si mantan santan itu sendiri. Bermula dari tindakan beliau menyerap tekanan dengan melepaskan jawatan, kini ditambah patahnya tongkat yang mendirikan anaknya di persada Negeri, maka keluarlah karya ini. Jangan hairan bila selepas ini akan keluar lagi penulisan mengaitkan Melayu sebagai Bangsa Hina. Bunga² tahi ayam dah ada ni. Mungkin kita pelik kenapa beliau boleh merendahkan diri beliau sehingga ke taraf ini. Namun percayalah, berpeluk dengan DAP sendiri sudah pelik, maka menjadi lidah DAP pula tak melampau pun bagi seorang yg bergelar mantan santan ini.

8. Pada orang² Melayu jualah mahu berpandangan yang bagaimana akhirnya. Mahu bersama berkongsi rasa dengan mantan ini ataupun mahu menidakkannya. Bagi saya, zaman beliau sudah berlalu. Zaman beliau telah banyak mengajar kita dalam menilai hati budi seorang pemimpin itu sendiri. Orang yg dizikirkannya perompak itu kini dilihat terlalu budiman dalam menangkis setiap tuduhan yang wujud. Ketenangan 'perompak' dalam mendepani cabarannya itu sedikit sebanyak membuka mata orang² Melayu bahawa nilai keperibadian seperti inilah yang seharusnya wujud dalam setiap jiwa insan bergelar pemimpin. Sifat yang tidak dapat dilihat dalam diri si mantan.

9. Saya akan terus berdoa semoga Allah swt menghadirkan sedikit kebahagiaan kepada si mantan dalam menghabiskan sisa² terakhir kehidupan beliau di dunia yg fana ini. Percaya bahawa segala percaturan hidup ini tidak lain dan tidak bukan merupakan rahsia yang Maha Esa, saya berharap agar dendam yang membara mampu lenyap tanpa perlu beliau terus menggadaikan bangsa Melayu yang tercinta. Pada Allah jualah tempat kita menaruh harapan.

Sekian.

Zaid Zulkafli
Org UMNO Wangsa Maju

Tulisan asal :
https://www.facebook.com/100003121108653/posts/2941162475997760/

No comments:

Post a Comment