Friday, May 8, 2020

Ismail Kamus meninggal dunia di bulan Ramadhan 1441H, hari Jumaat. Al Fatihah (dengan bacaan).


Innalillahiwainnailahirojiun

Saya berasa amat sedih mendapat berita Tuan Guru Ustaz Dato' Haji Ismail Bin Haji Kamus telah kembali ke rahmatullah awal tadi.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.


Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus merupakan seorang pemimpin dan tokoh agama yang banyak menyumbang kepada negara melalui kerja-kerja dakwah yang dilakukan sepanjang hayatnya.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus.

Saya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Al-Fatihah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

----------------------------

Salam takziah untuk seluruh keluarga dan sahabat Allahyarham Tuan Guru Dato' Ustaz Ismail Kamus atas kembalinya ke Rahmatullah malam tadi. Saya, ahli keluarga serta warga Umno turut terkesan atas berita sedih ini. Bersamalah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang orang yang dimuliakanNya. AL-FATIHAH..

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

----------------------------

Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

----------------------------

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus atas pemergian arwah ke rahmatullah.

Satu kehilangan yang besar dirasakan.

Arwah seorang ulama dan guru yang banyak menyumbang dalam urusan berdakwah kepada kita semua.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Datuk Seri Najib Tun Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

No comments:

Post a Comment