AdSense

Monday, March 16, 2020

Jadi ejen muhibbah seperti MCA, atau haramkan Malaysiakini


Minggu lepas, Suara Lensa ada menulis tentang perangai Malaysiakini yang semuanya sudah tahu.

http://suaralensa.blogspot.com/2020/03/belum-masuk-pejabat-dah-tanya-pasal-uec.html

Hari ini penulis sekali lagi rasa terpanggil untuk mengkritik Malaysiakini. Mungkin mereka kebal dan penulisan ini tidak memberi kesan sedikit pun kepada mereka, tapi diharapkan penulisan ini dapat menyedarkan warganegara Malaysia yang cintakan keharmonian.


Malaysiakini, agensi berita yang cukup hebat, cukup popular dan disegani. Laporan berita mereka antara yang terpantas berbanding lain. Dulu, bab 'flash' berita, Agenda Daily yang terawal. Tapi sekarang Agenda Daily sudah tidak aktif dalam dunia media. Rindu juga dengan kupasan serta analisis yang mantap serta berfakta dari Agenda Daily.

Malaysiakini boleh dikata 'musuh utama' UMNO. Pernah suatu ketika, semasa Perhimpunan Agung UMNO, Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan. Maka itu, para wartawan Malaysiakini terpaksa bertenggek di luar dewan perhimpunan di PWTC. Mereka menggambarkan bagaimana wartawan disisih, kebebasan media dinafikan.

Bukan saja UMNO, Malaysiakini juga dilarang membuat liputan di banyak tempat. Antaranya :

Pada tahun 2013,
Wartawan Malaysiakini disekat buat liputan di KDN
https://selangorkini.my/2013/12/wartawan-malaysiakini-disekat-buat-liputan-di-kdn/

Pada tahun 2014,
Mkini dilarang lagi buat liputan di Pejabat PM
https://www.malaysiakini.com/news/268032

Tapi kini, menyekat Malaysiakini membuat liputan bukanlah jalan penyelesaian kerana mereka boleh ulas daripada laporan berita agensi lain. Kini ada live video. Dan macam-macam lagi cara untuk mereka 'menyelinap' masuk.

Inilah yang berlaku kepada MCA apabila petikan kenyataan Presidennya dijadikan sensasi seterusnya memprovok pembaca khususnya orang Melayu. (Sebelum ini Timbalan Presiden MCA kena, pautan di atas).

Wee Ka Siong diwawancara secara eksklusif oleh Sinar Harian. Ia diwawancara selama satu jam 16 minit bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Ong Boon Teck. Selain memuatnaik video, Sinar Harian juga ada menyiarkan artikel berkaitan wawancara tersebut.

Video :
https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/493622064858223/

Artikel :
https://www.sinarharian.com.my/article/73871/BERITA/Nasional/Politik-orang-Cina-Malaysia-ibarat-pendulum

Manakala Malaysiakini yang tidak ada semasa sesi wawancara eksklusif ini diadakan, hanya merujuk kepada laporan Sinar Harian dan kemudiannya membuat berita versi Malaysiakini. Malaysiakini nampaknya begitu fokus mengekori Ka Siong sehingga membuat 3 artikel. Sedangkan ia adalah wawancara eksklusif Sinar Harian.

Malaysiakini menyiarkan 3 artikel :


Wee: Saya tak berani pakai perkataan 'taliban' di kampung


Presiden MCA: Sokongan pengundi Cina bertukar seperti ayunan bandul


'Saya tak mahu dengar orang kata PN kerajaan Melayu Islam'

Selepas tempoh 24 jam disiar, artikel ke 3 mendapat reaksi luarbiasa warganet apabila ia mendapat sebanyak 31.1 ribu perkongsian.

Ya, Malaysiakini berjaya memprovok pembaca Melayu dengan tajuk demikian. Tahniah Malaysiakini, jualan berita anda pasti laris bukan?

Tetapi, apabila kita membaca kenyataan penuh Wee Ka Siong, kita akan melihat nada yang berbeza, agak lembut, lebih terbuka, sederhana dan menyuntik nilai-nilai keharmonian.

Lihat bermula perenggan ke 74 :
https://www.sinarharian.com.my/article/73871/BERITA/Nasional/Politik-orang-Cina-Malaysia-ibarat-pendulum 

Soalan Sinar Harian :
Adakah Datuk Seri rasa yakin dengan Kabinet sekarang?

Jawapan Wee Ka Siong :

Keyakinan itu ada tetapi bagi saya bukan untuk kita menilai sendiri, bukan masuk bakul angkat sendiri. Ekspektasi rakyat, apa yang rakyat harapkan... masalah mereka itu kita kena dengar. Macam mana kita nak selesaikan masalah, ini antara task force yang kita tengah cari. Walaupun kita tidak terikat dengan apa-apa manifesto tidak bermaksud kita tidak buat apa-apa, mesti ada sesuatu yang kita boleh tawarkan kepada rakyat.

Lihat Pakatan Harapan dulu macam mana, memang tidak boleh. Mereka tukar nama (program yang dilaksanakan kerajaan BN), mansuh tol, selepas itu tidak jadi pula, akhirnya jadi kelam-kabut. Begitu juga dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mereka kata hendak buat tapi tidak sempat.

Ini helah semua orang tahu, kalau hendak buat kenapa tidak dari mula? Kami juga tidak ada banyak masa, hanya tiga tahun. Saya percaya di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri, beliau sudah berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri, pernah jadi Menteri Besar, jadi tiada masalah dari segi pengalaman.

Saya tidak mahu dengar selepas ini orang kata, ini kerajaan Melayu Islam. Saya di sini untuk sama-sama membantu Perdana Menteri dan Kabinet untuk menggambarkan kemajmukan Malaysia.

Kita di sini turut memainkan peranan yang penting bagi mencapai kestabilan sosial dan juga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum. Ini penting. Saya rasa bukan mudah tetapi kita akan menggalas tanggungjawab ini secara berwaspada dan buat yang terbaik untuk negara.

Dan awal-awal lagi Tan Sri Muhyiddin kata dia ialah Perdana Menteri untuk semua. Jadi bagaimana kita mahu menterjemahkan dengan satu tindakan dan kesemua anggota Kabinet dapat mendokong cita-cita itu.

Jadi bagi saya, mungkin suara masyarakat Cina kita boleh bawa tapi cara kita ialah secara harmonis. Saya dilahirkan di kampung Melayu, saya tahu cara kita, kita berbicara tentang isu.

Sistem kita benarkan perbincangan secara dalaman tetapi tidaklah seperti sebelum ini. Masuk Kabinet yang sama tetapi apabila keluar dari pintu (mesyuarat) kita bercakap perkara yang lain. Bagi saya biarlah kita bertengkar di dalam tetapi di luar kita sebagai satu pasukan."

---

Jadi di sini kita boleh faham bagaimana nada Wee Ka Siong yang sebenarnya.  Ianya bukan berbentuk 'arahan', atau bernada keras atau ekstrem. Dia cuma mahu menggambarkan bahawa kerajaan bawah Muhyiddin ini turut dianggotai oleh pelbagai kaum.

Penulis tertarik dengan kenyataan Wee Ka Siong (perenggan 14 artikel wawancara Sinar Harian)

Daripada perspektif MCA, puncanya ialah parti Amanah dan DAP bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tan Sri Muhyiddin dengan rakan-rakan dalam BN atau Muafakat Nasional di samping PBS.

Dari segi realiti politiknya ketika itu, wakil Cina di sebelah PH ramai tapi di sebelah Perikatan Nasional (PN) sebaliknya. Jadi nak buat macam mana?

Ini realiti politik. Dahulu suara saya adalah minoriti kerana saya tinggal di kampung Melayu.

Di kampung saya, cuma ada empat keluarga Cina, dikelilingi beratus keluarga Melayu tapi saya dijaga baik kerana kita saling menghormati dan kita nak jadikan Malaysia ini lebih harmoni. Jadi MCA kena buat keputusan.

Takkan saya nak gelar Lim Guan Eng sebagai rakan seperjuangan saya, kami memang jauh berbeza hala tuju perjuangan. Oleh itu, MCA buat keputusan untuk bersama dengan BN dan BN pula dalam konteks Muafakat Nasional sebelum ini." 

Justeru itu, Malaysiakini seharusnya menjadi ejen muhibbah, seperti MCA. Jika tidak, lebih baik Malaysiakini diharamkan.

1 comment:

  1. Kita bagilah sangka baik sikit kepada rakyat malaysia khususnya melayu yang kita anggap matang untuk buat penilain. Kita tahu sebenarnya siapa pembaca dan penyokong malaysiakini. Daripada angka pembaca malaysiakini kita kita semua boleh terus berwaspada siapa musuh dalam selimut kita sebenarnya.

    ReplyDelete