Friday, September 13, 2019

Rakyat teruk menderita lepas PH ambil alih Putrajaya


Saat cucu Madey lancar filem hebat M for Madey maaf, M for Malaysia, pak2 mak2 menteri bergaji puluhan ribu ringgit, hutang negara btambah, aset dijual, rakyat marhaen pula bergelut demi kehidupan seharian.


Harapan rakyat Malaysia yang mengubah kerajaan adalah mahu melihat negara menjadi lebih baik.

Dulu hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion ternyata dusta semata-mata. Malah bertambah dari RM686 bilion ketika zaman BN menjadi RM810 bilion ketika ini di bawah rejim PH.

Gaji dan pendapatan menteri PH tidaklah berbeza dengan menteri zaman BN. Harapan rakyat punah. Menteri kini jadi kaya raya, rakyat pula kekal seperti dulu malah menjadi lebih menderita akibat banyak insentif atau dana kepada rakyat dipotong.

BR1M yang dulu dipanggil dedak kini diteruskan. Apa yang menyedihkan, nilai yang diberikan jauh lebih sedikit berbanding zaman BN!

Ya pastinya penerima BSH bersyukur. Tapi kenapa zaman BN boleh beri lebih?

Alasan 1MDB masih digunakan. Sedangkan mereka dalam PH sendiri mengakui bahawa aset 1MDB memberi manfaat kepada negara!

Pinjam sana sini, jual aset negara tetapi hutang negara tidak pula susut. Malah lebih tinggi dalam masa singkat!

Apakah kita mampu dan berdaya untuk bernafas sehingga PRU15 yang mungkin diadakan 3 atau 4 tahun lagi?

Ditambah pula dengan isu MyKad atau lambakan taraf kewarganegaraan yang meragukan. Adakah kerajaan PH mampu ditumbangkan pada PRU15? Atau mereka terus berkuasa sama seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor? Sekali mereka menang, sukar sekali untuk menewaskannya.

1 comment:

  1. PAGI TADI NI ATOK NAIK MENGKUDAKAN LAGI KUDA NYA
    KARROT BERI MAKAN MACAI SEKELILING TEPUK TANGAN
    RAKYAT BREAKFAST ARI NI BISKUT KERING SAJA
    KUDA LAGI BERHARGA BROO ZAMAN ATOK KANN..!



    kikikiki...

    elok atok beli carrot kat kedai muslim lahhhh.. sekali kuda melantak carrot mcm bekalan kenduri tahlil...

    kalau 20 eko hari hari kuda melantak carrot mcm kenduri kahwin laaa...


    #buymuslimfirstyaaatok

    ReplyDelete