AdSense

Tuesday, April 10, 2018

#PRU14 : Selamat menerima nasib sama seperti PAS wahai PPBM


Sedia maklum, ketika ini Pakatan Harapan bergerak tanpa PAS - parti yang banyak membantu mereka memenangi beberapa kawasan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) tahun 2013 lalu.

PAS yang didominasikan orang Melayu itu dihina, diludah dan seterusnya dihalau keluar daripada Pakatan Rakyat diketuai DAP.


Apa yang berlaku pada PRU13 pasti segar dalam ingatan pemimpin dan penyokong PAS. Mereka yang berhempas pulas menggerakkan keseluruhan jentera termasuk berhujan panas serta mengumpulkan peserta dalam himpunan jalanan anjuran Bersih.

Sejak wujudnya himpunan jalanraya tersebut, pakatan seronok mendabik dada dengan kehadiran peserta yang bagi mereka sudah mencukupi untuk menggerunkan kerajaan pemerintah.

Walaupun sedikitpun tidak menggoyahkan kerajaan pemerintah.

Selepas PAS dihalau, himpunan baju kuning semakin suram dengan kehadiran peserta. Sampaikan boleh dikatakan ia satu himpunan orang Cina saja.


Jelas, kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS. Dimana kekuatan DAP dan PKR khususnya menarik sokongan orang Melayu?

Soalan ini pernah keluar daripada mulut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2015 dalam Dewan Rakyat.

Tambah Annuar, pembangkang ketika ini iaitu Pakatan Harapan tidak boleh terlalu angkuh. Ini kerana rakyat sentiasa menilai kredibiliti mereka. Apa yang mereka buat kepada PAS masih segar dalam ingatan pemimpin dan penyokong PAS.

Kata orang, dendam senyap ini jangan dibuat main, jangan dipandang ringan.

Dalam masa sama, Annuar turut menyatakan kesediaan beliau untuk menyokong PAS dalam PRU 14 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2018 ini.


Apa yang peliknya kalau seorang Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Pasti puak dalam Pakatan Harapan tidak senang andai kata UMNO-PAS bersatu menentangnya. Iyalah, kedua-dua parti ini bukan baru sehari dua ditubuhkan. Sebaliknya kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini sudah lahir sejak sebelum negara merdeka lagi!

PAS adalah parti serpihan UMNO. UMNO pula digelar sebagai sebuah parti keramat. Memiliki roh perjuangan yang jelas, demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Bukannya seperti DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia, dikuasai pula oleh Lim Kit Siang sejak lebih 50 tahun. Kini anaknya menjadi Setiausaha Agung parti.

PKR pula lahir daripada 'mata' Anwar Ibrahim. Memperjuangkan seorang individu yang dikatakan dizalimi pemerintah ketika itu, Mahathir Mohamad.

Manakala PPBM milik Mahathir bersama anaknya Mukhriz pula ditubuhkan hanya untuk legasi sendiri, bukannya untuk rakyat.

PAN usah ceritalah, majoriti ahlinya dikatakan sekadar talibarut DAP saja.

Rakyat Malaysia sememangnya cukup mengenali siapa DAP dan apa dasar serta perjuangan mereka. Mereka tidak mahukan jawatan sebaliknya dahagakan kuasa. Apalah sangat meletakkan Mahathir sebagai calon PM kedua sekiranya kuasa terbesar berada dalam tangan DAP?

PAS sudah merasa menjadi kuda tunggangan DAP. Hari ini Mahathir dan PPBM pula menjadi pengganti. Pastinya selepas dipergunakan dalam PRU14, nasib PPBM akan sama seperti yang terjadi kepada PAS - Dihina, diludah dan dihalau keluar daripada pakatan.

Pakatan Rakyat (2013), Pakatan Harapan (2018), Pakatan apa pula selepas ini?

#PRU14 #BersamaBN #DahulukanRakyat #BarisanProRakyat #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment