AdSense

Sunday, April 15, 2018

Cerita 'pemandu teksi mengamuk' hanyalah kisah sensasi ciptaan pembangkang untuk PRU14


Kecoh! Portal pro pembangkang dan laman media sosial pentaksub pembangkang memainkan cerita kononnya pemandu teksi mengamuk depan Perdana Menteri.

KONONNYA para pemandu teksi bertindak keluar dewan semasa PM Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucap. Padahal apa yang berlaku, kehadiran pemandu teksi ketika itu begitu ramai! Sampai melimpah ke luar dewan. Tengok saja foto yang disiarkan, masih ramai pemandu teksi yang menunggu sehingga program selesai. Ramai yang menunggu untuk bersalaman dengan PM ketika majlis bersurai. Jelaslah pemandu teksi pro pembangkang sengaja mencetuskan provokasi dan gimik politik murahan dengan menyebarkan persepsi negatif.



Berikut kenyataan media Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) :

KENYATAAN MEDIA
                                                     
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA
                                                                
15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah.

Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya "para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya."

Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan- persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari
www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

LAMPIRAN

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

  • Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16-18 April sila hadir di Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Pejabat SPAD Pulau Pinang
  • Pejabat SPAD Kuala Terengganu
  • Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)


  • Cawangan SPAD UTC Kuantan
  • Cawangan SPAD Melaka
  • Cawangan SPAD UTC Ipoh
  • Cawangan SPAD UTC Alor Setar
  • Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
  • Cawangan SPAD Langkawi

1 comment:

  1. we already asked the taxi driver themselves. so is OK. we no need to republish this kind of reports.

    ReplyDelete