AdSense

Monday, March 26, 2018

Kes Rasuah : Guan Dapat Banglo Murah, Phang Li Koon Dapat Tukar Status Tanah


Hari ini Guan Eng akan dibicarakan di mahkamah kerana dua kes rasuah. Baru hari ini Guan Eng hendak tagih simpati tentang nasib keluarganya, masa buat rasuah tidak pula ingat keluarga.

Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Kes rasuah ini boleh dipercepatkan pada 27 Mac 2017 lagi, namun Guan Eng putar belit dan tangguh tangguhkan kesnya.

20 Mac tahun lepas, Guan Eng cabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah hingga sebabkan kes tertangguh.

7 Mac 2017, Mahkamah menolak petisyen yang difailkan Guan Eng dan Li Koon untuk mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta SPRM itu. Akhirnya kes rasuah itu tetap berjalan juga seperti biasa.

Jika Guan Eng betul-betul berani, beliau takkan cuba untuk mengelak atau melambat-lambatkan perbicaraan sebaliknya akan berdepan dengan yakin jika benar-benar beliau tidak bersalah.

Hari ini rakyat Pulau Pinang akan makan "pop corn" melihat kes rasuah Guan Eng selama 23 hari melibatkan 40 saksi. Guan Eng tidak boleh putar belit lagi. Tidak boleh ajak minum kopi lagi. Kena jawab dengan fakta dalam mahkamah bukan dengan auta lagi.

Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu :

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM6.5 juta.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua kes rasuah ini bukannya konspirasi terhadap Guan Eng. Beli rumah di bawah nilai pasaran dari Phang Li Koon, kemudian tukar status tanah dan serah kepada syarikat yang dimiliki oleh Phang Li Koon.

Guan Eng dapat rumah harga murah, Phang Li Koon dapat tanah dengan harga murah. Phang Li Koon beli rumah banglo dengan harga RM2.5 juta, jual kepada Guan Eng hanya RM2.8 juta. Sedangkan harga pasaran adalah RM6.5 juta.

Guan Eng luluskan tanah sebagai hadiah dapat rumah banglo murah kepada syarikat Phang Li Koon?

Kes rasuah tanah Magnificient Emblem itu melibatkan projek pembangunan perumahan di Balik Pulau. Guan Eng yang mengetuai Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang meluluskan pertukaran tanah tersebut pada 23 Jun 2014.

Selepas 3 minggu tandatangan kelulusan pertukaran tanah yang dinilai dibawah harga pasaran, Guan Eng pengerusikan pula mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di tingkat 28 di Komtar, George Town pada 18 Julai 2014.

Dalam mesyuarat tersebut, Guan Eng meluluskan penukaran tanah untuk dua lot tanah milik Magnificent Emblem Sdn Bhd, yang 30% dimiliki oleh Phang dan 70% dimiliki oleh pemilik KLIDC Tang, daripada pertanian kepada kediaman.

Ini fakta kes rasuah Guan Eng yang rakyat Pulau Pinang perlu fahami. Samalah macam kes projek terowong, duit kajian lesap entah ke mana, syarikat yang buat terowong pula dapat tanah. Tanah bernilai RM3 billion sudah habis dijual, sedangkan projek terowong belum siap lagi.

Kenapa perlu beri RM19 juta kepada seorang Datuk yang bergambar di rumah dan dalam kereta dengan Guan Eng? Kalau projek terowong tiada masalah, kenapa kena bayar sampai RM22 juta? Kes projek terowong ini pun Guan Eng akan kena dakwa nanti.

Kes rasuah Guan Eng ini bukannya konspirasi. Semasa meluluskan tanah dan minum kopi dengan Phang Li Koon tidak fikir pula soal anak dan keluarga. Kemudian bila kantoi rasuah, mulalah hendak putar belit salahkan pihak lain.

Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP di Pulau Pinang. Ini baru dua kes yang didakwa, banyak lagi kes berkaitan penyelewengan DAP di Pulau Pinang. Selamatkan Pulau Pinang daripada parti yang penuh rasuah ini.

Tengok muka Guan Eng masa di mahkamah ini, banyak takut. Lihat video ini :


Buat kempen Solidariti Sokong Guan Eng pun gagal. 20 orang sahaja yang datang pun. Bukti rakyat Pulau Pinang dah tolak DAP yang kuat dengan skandal rasuah. 


Tulisan :
Beruang Biru
BB836, Isnin
26 Mac 2018


No comments:

Post a Comment