AdSense

Wednesday, March 28, 2018

GO TO HELL - Exco Kerajaan Negeri Selangor


Angkuh dan biadap. Itulah yang boleh diperkatakan kepada Exco Sukan negeri, Amirudin Shari.

Budak Azmin Ali yang mewakili parti PKR ini menuturkan perkataan demikian di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Dewan yang dianggap mulia oleh rakyat jelata.


Inikah perangai sebenar pemimpin yang rakyat Selangor pilih untuk mentadbir negeri mereka selama dua penggal.

Isunya mudahnya, iaitu berkenaan bolasepak negeri. Kenalah dengan jawatan Amirudin sebagai Exco Sukan. Tapi beliau mengatasi permasalahan dengan penuh emosi.

Dalam nada penuh lagak, Amiruddin (PKR-Batu Caves) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri mendakwa kerajaan negeri ada pelan tersendiri untuk Stadium Shah Alam.

Cakap saja KERAJAAN NEGERI ADA PERANCANGAN. Kenapa nak hambur GO TO HELL kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?

Apakah ini cara diktator kerajaan negeri Selangor?

Semalam, Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Panjang) membangkitkan tentang isu membabitkan FAS dan penyokong bolasepak Selangor yang lebih sinonim dengan gelaran The Red Giant. Satu nama yang cukup besar sebelum PKR memerintah Selangor.

Bagai kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

The Red Giant bagai pengemis di negeri sendiri.

Mereka terpaksa bermain di Stadium Cheras sebagai gelanggang rasmi mereka setelah tidak lagi dibenarkan bermain di Stadium Shah Alam oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) menyerahkan memorandum mengandungi 15,000 tandatangan penyokong The Red Giants tetapi kepemimpinan Mohamed Azmin tetap tidak mempedulikannya dan sebaliknya dalam senyap-senyap menswastakan stadium tersebut!

Kalau exco kerajaan negeri yang cerdik pandai boleh kata GO TO HELL kepada FAS dan The Red Giant, penulis yakin rakyat Selangor yang hina ini akan kata CELAKA kepada kerajaan negeri PKR Selangor menjelang PRU14 nanti.

#RampasSelangorPRU14

No comments:

Post a Comment