AdSense

Tuesday, January 16, 2018

Negara ditadbir Najib, UMNO, BN jauh lebih baik berbanding DAP. Takut baca pendedahan ini?


Najib Razak menjadi sasaran utama pihak pembangkang untuk merampas Putrajaya. Kerajaan Barisan Nasional diserang bertubi-tubi walaupun dikenali sebagai Barisan Pro Rakyat oleh majoriti rakyat Malaysia.

Sudahpun nama pembangkang, maka membangkanglah kerjanya. Tapi janganlah menembak dengan peluru persepsi dan fitnah sepertimana amalan pembangkang di Malaysia hari ini.


Ekonomi dan kos sara hidup dijadikan modal politik mereka selain 1MDB dan GST terutamanya. Sudah berbuih mulut memberi penjelasan namun pihak pembangkang tetapi begitu juga - tidak mahu menerima penjelasan berupa fakta kerana ianya tidak kena pada citarasa mereka.

Kononnya negara bankrap, kononnya negara banyak hutang, kononnya pentadbiran Najib gagal, kononnya tanah Felda kena gadai, kononnya 40k pengundi bangladesh dan banyak lagi 'kononnya'.

Masyarakat hari ini bukanlah jenis dicucuk hidung ketika zaman diktator Mahathir. Kalau betul hendak bercerita pasal ekonomi, ayuh!

Pada era diktator Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap calon Perdana Menteri kali ke 2, negara mempunyai rizab negara kira-kira 90 - 100 bilion. Jangan lupa, 30 bilion hilang dalam forex - skandal terbesar bank negara. Nilai 30 bilion wang rakyat itu hari ini bernilai 100 bilion! Kenapa tidak mahu turun demonstrasi jalanraya?

Jangan lupa, Penasihat DAP yang juga seorang diktator Lim Kit Siang pernah membukukan skandal tersebut. Tidak cukup itu, hansard parlimen juga ada merekodkan ucapan Kit Siang (bapaKetua Menteri Penang Lim Guan Eng) supaya mewujudkan atau menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat perkara sebenar berhubung forex.

Sementara menurut Ketua Penerangan UMNO, angka rizab negara jauh berbeza pada era pemerintahan Najib iaitu berjumlah 430 bilion! Pembangkang mungkin tahu perkara ini dan berasa takut jika ia diberitahu kepada umum. Apa yang mereka highlight kan dalam setiap siri ceramah mereka ialah berkenaan 2.6 bilion - dana politik.

Kononnya Najib mencuri wang rakyat. Label Najib Pencuri ditanam pada pemikiran rakyat. Sama juga ketika Presiden PAN Mat Sabu menanam Mahathir dengan label Mahafiraun dan BapaPerompak. Sementara pemimpin-pemimpin lain dalam pembangkang menyambungnya dengan gelaran Maha Diktator, Maha Zalim dan Bapak ISA.

Untuk makluman, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh adalah antara orang yang berpengalaman luas dalam politik. Lebih-lebih lagi, beliau pernah berada dalam era pentadbiran Mahathir.

Beliau lebih tahu apa yang berlaku di dalam sana, sama seperti Anwar Ibrahim - seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Mahathir, selain Musa Hitam dan musuh ketat Mahathir iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Bagaimana wujudnya team A, team B dan Mahathir menang tipis. Bagaimana UMNO diharamkan. Bagaimana berlakunya krisis perlembagaan. Ah! Banyak sekali sejarah hitam Mahathir dalam politik tanahair.

Pergaduhan antara Mahathir ini masih lagi berlaku. Kerana beliau memang suka bergaduh dengan orang yang tidak tunduk kepadanya. Tidak seperti Pak Lah yang lebih selesa menikmati kehidupan sebenar bersama keluarga.

Sedikit sejarah, Musa Hitam pernah mengatakan Mahathir sebagai seorang yang gagal, sepertimana yang dilapor Sinar pada 21 Feb 2016, bertajuk ‘Wawasan 2020 gagal sebab Tun M sendiri’.

Menurut Musa, rekod kepimpinan Tun Mahathir mempamerkan bekas perdana menteri itu telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi dan hanya mengekalkan pengikut setia.

"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja...mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup'.”

Inilah cara seorang diktator.

Berbalik semula kepada perbincangan kita mengenai ekonomi Malaysia. Apa teruk sangatkah negara ini dibawah Najib dan BN?

Jika teruk, bagaimana pelabur masih berani melabur di sini? Projek-projek mega juga mampu dibangunkan? Projek keretapi laju KL-Singapura (HSR) umpamanya, mana mungkin Singapura berani jalin kerjasama? Mana mungkin negara-negara yang hebat dalam bidang kejuruteraan seperti Jepun, China, Korea dan Amerika Syarikat berani membida untuk membuat keretapi?

Sedikit info yang menakutkan pembangkang :

Projek HSR antara Malaysia-Singapura bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East di Singapura, dijangka siap pada 2026 membabitkan landasan sepanjang 350 kilometer (km) serta mempunyai lima transit iaitu Seremban (Negeri Sembilan), Ayer Keroh (Melaka) selain Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Johor.

Jika benar teruknya negara ini, bagaimana kerajaan mampu memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada lebih 7 jutapenerima. Tahukah anda bahawa sejak ia dilaksanakan pada tahun 2012, sebanyak RM34.9 bilion telah diperuntukkan kepada mereka yang layak! Sekali lagi fakta ini menakutkan pembangkang kerana ia membuatkan masyarakat terus menyokong pemerintahan BN yang benar-benar mendahulukan rakyat.

Penulis pernah bersembang dengan seorang kawan berbangsa Cina. Katanya, dulu zaman Mahathir ya dia teruk. Dia makan duit tapi rakyat elok saja, dia tak kacau.

Di sinilah perang halus yang ditanam puak pembangkang dikenali Pakatan Pro DAP. Fakta-fakta kejayaan pentadbiran Najib ditenggelamkan oleh isu-isu kitar semula dan sentimen emosi.

Kata Annuar Musa,  kejayaan tersebut cuba digantikan dengan persepsi palsu yang dibina oleh mereka seperti seolah-olah negara ini mahu muflis dan rakyat di dalam negara ini tidak boleh makan.

“Dan kerana tekanan-tekanan (lain) seolah-olah kerajaan duduk tak tak buat apa walaupun kita tahu era Datuk Najib inilah bantuan secara langsung, subsidi bersasar yang berbagai.Kalau ini tidak dibawa oleh jentera penerangan (Umno), kita akan tenggelam dalam perang persepsi juga gambaran palsu yang cuba dibina oleh pembangkang.”

Tahukah pembaca, bahawa zaman Najib negara ditadbir dengan begitu baik? Tahukah kalian bahawa dulu zaman Mahathir, negara boleh membuat pimjaman daripada negara luar tanpa had?

Hingga melebihi 100 peratus! Berbeza dengan zaman Najib, yang hanya menghadkan kepada kurang 50 peratus sahaja!

Manakala faedah pimjaman yang perlu dibayar ketika era Mahathir jauh lebih tinggi!

Annuar turut mendedahkan Najib menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding Tun Mahathir di mana beliau lebih memikirkan jumlah pinjaman yang dibuat mampu dibayar oleh negara atau tidak dengan memastikan ia dibuat menggunakan ringgit.

“Di zaman pemerintahan Tun Mahathir,  kita ada meminjam wang dari negara Jepun untuk pelaksanaan beberapa projek. Katanya, pinjaman yang dibuat oleh beliau jika dibandingkan dengan pinjaman yang dibuat di zaman pemerintahan sekarang  adalah berbeza, kerana kadar faedah yang diberikan amat rendah.

“Ya, memang betul faedahnya rendah tetapi apa yang rakyat tidak tahu, pinjaman tersebut dibuat berdasarkan matawang asing, di mana setelah ia ditukar kepada matawang kita, kerajaan terpaksa membayar hampir empat ke lima ganda daripada jumlah hutang kerana beliau ketika itu beliau berhutang dengan negara Jepun dalam matawang yen.

“Perkara inilah yang dipelajari dan diperbaiki oleh Najib apabila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Sekarang ini apabila negara mahu membuat pinjaman, beliau akan memastikan bahawa pinjaman tersebut hendaklah dibuat berdasarkan matawang ringgit dan boleh dikatakan lebih 95 peratus pinjaman negara dibuat berdasarkan matawang kita dan bukannya matawang asing."

Lagi mahu pilih Mahathir buat kali ke 2?
Pilih Mahathir yang terang-terang balaci DAP?
DAP yang terpalit dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa?

Inilah antara fakta-fakta yang sangat ditakuti pembangkang diketuai DAP. Bayangkan jika fakta ini disebarkan secara meluas kepada rakyat, pasti puak pembangkang gagal merampas

Putrajaya dengan hanya bersandarkan kepada persepsi, emosi dan fitnah!

SL

Rujukan :

http://www.sinarharian.com.my/nasional/18-bulan-siasat-pac-tak-temui-bukti-salah-laku-pm-1.507566

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wawasan-2020-gagal-sebab-tun-m-sendiri-1.487712

https://www.youtube.com/watch?v=NncR0dZpZA0

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/07/ada-pihak-cuba-tenggelamkan-kejayaan-najib-kata-annuar-musa/

http://suaralensa.blogspot.my/2017/09/puak-pembangkang-mesti-berpeluh-resah.html

https://www.bharian.com.my/node/278953

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pentadbiran-najib-lebih-baik-dari-mahathir-dan-anwar-ini-sebabnya.html

http://suaralensa.blogspot.my/2017/09/umno-zaman-najib-tak-sama-dengan-zaman.html

No comments:

Post a Comment