AdSense

Saturday, August 12, 2017

MP Pembangkang buat main 1MDB di Dewan Rakyat


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tiada cara lain untuk meraih sokongan masyarakat selain menjadikan isu 1MDB sebagai modal politik mereka. Isu yang sudah lama dipolitikkan pembangkang. Mereka sengaja memperbodohan masyarakat dengan isu kompleks sebegini.

Dalam Dewan Rakyat umpamanya, pemimpin PH atau lebih dikenali dengan nama Pakatan Pro DAP ini memainkan peranan kotor apabila masih membangkitkan isu 1MDB. Mereka cuba menggambarkan Dewan Rakyat 'dikawal' kerajaan pemerintah apabila ada beberapa persoalan berhubung 1MDB tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan.

Sebenarnya, pemimpin PH ini tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham dengan perkara-perkara asas sebagai Ahli Parlimen. Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, perkara asas yang dimaksudkan ialah seperti peraturan, budaya dan perundangan Parlimen.

Jelas Annuar yang juga Ahlli Parlimen Ketereh, ada banyak soalan membabitkan 1MDB, ada yang dibenarkan jawab dan ada yang tidak dibenarkan jawab kerana soalan itu sendiri mempunyai niat yang lain dan mereka (pembangkang) tahu soalan itu tidak akan diterima.

Namun mereka buat juga disebabkan hendak menarik perhatian di luar dewan dengan memberi gambaran seolah-olah kita (BN) tidak membenarkan rakyat bercakap mengenai 1MDB.

Sedangkan realitinya Speaker berdepan kepada peraturan-peraturan tertentu. Lagipun, hanya soalan-soalan yang bersifat tertentu tidak dibenarkan, bukannya semua soalan berkaitan 1MDB.


Berpuluh-puluh jawapan dan beratus-ratus muka surat Hansard membincangkan mengenai 1MDB dan kemuncaknya adalah laporan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) itu sendiri dibentangkan dan tidak ada satu syarikat milik kerajaan dalam dunia ini dibincangkan se ‘detail’ 1MDB.

“Malah dalam PAC ada pembangkang, dia cuba bina sentimen dan tidak berasaskan kepada fakta. Macam saya kata, kalaulah persoalan itu perkara yang dah ada dalam PAC ataupun perkara itu tidak ada dalam perundangan negara kita, kenapa nak habiskan masa parlimen bincang perkara yang sebegitu,” - petikan ini penulis ambil daripada temubual ekslusif Annuar bersama BNBBC bertarikh 9 Ogos 2017 baru-baru ini.

Lihatlah pembaca yang waras, pemimpin PH ini mengaku kononnya berpengalaman, berilmu dan profesional namun hakikatnya mereka masih lagi budak hingusan serta tidak matang.

Apakah masyarakat dapat menerima pemimpin PH memperbodohkan rakyat secara terang sebegini?

Adakah pentaksub PH mahu berterusan menerima cara politik bodoh pemimpin mereka?

Adakah pemimpin PH mahu mengaku bahawa mereka sebenarnya bankrap isu untuk menghentam kerajaan?

Kita mungkin boleh berbeza pendapat namun cara memperbodohkan rakyat seperti diamalkan PH ini wajar dihentikan. Ini bukan budaya yang elok untuk membangunkan sesebuah negara. Kita akan banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak relevan. Tugas sebagai Ahli Parlimen sepatutnya membela nasib rakyat yang mengundi mereka bukannya membazir masa mencipta propaganda bertujuan menyuntik persepsi jahat.


No comments:

Post a Comment